Ular dari Mekkah
Translate this page > Tadi selepas pulang dari tempat perjumpaan dengan rakan2, singgahlah aku di pasar Sri Tanjung Tawau, dalam pasar aku dengar-dengar orang sembang tentang sebuah kisah pelik Kotak Ular dari Mekah" alkisah satu pesanan ringkas telah dihantar oleh seorang jemaah haji dari Mekah, "sampaikah sudah kotak ular tu di Tawau" begitulah bunyi pesanan ringkas tersebut. Cerita punya cerita, kotak ular tu konon adalah manusia yang menjelma jadi ular di Mekah" Subhanallah... Mungkin sekadar cakap-cakap orang , apatah lagi itu mungkin sekadar kabar angin, dipanjangkan bisik-bisik, konon ular itu bercakap kepada anaknya setelah dihantar dan sampai dirumahnya. Aku sukar juga terima cakap-cakap orang nie, tapi sebagai hamba Allah yang hina, segala sesuatu yang terjadi dalam alam semesta adalah atas ketentuanNya jua, Tidak ada yang mustahil bagi ALLAH AZAWAJJALA. Ini pula aku temukan sebuah cerita yang berlaku...