Postingan

Menampilkan postingan dari November 23, 2008

Pesawat C-17 Globemaster III

Gambar
Pesawat C-17 Globemaster III ialah pesawat pengangkut strategik yang dikeluarkan oleh syarikat Boeing Integrated Defense Systems. Pesawat ini kini digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Udara Diraja British, Tentera Udara Diraja Australia dan Perintah Udara Angkatan Tentera Kanada. NATO dan Qatar juga telah memesan kapal terbang pengangkut strategik ini. C-17 Globemaster III berupaya membuat penghantaran strategik anggota tentera dan semua jenis kargo dengan pantas ke pangkalan operasi atau terus ke pangkalan hadapan dalam kawasan pergolakan. Kapal terbang ini juga berupaya untuk melaksanakan penghantaran udara taktikal, pemindahan perubatan dan misi penguguran dari udara. C-17 mendapat namanya daripada kapal terbang kargo Tentera Udara A.S sebelumnya iaitu, C-74 Globemaster dan C-124 Globemaster II. Latar Belakang Pada tahun 1970-an, Tentera Udara A.S. mula merancang untuk menggantikan kapal terbang pengangkut taktikal C-130 Hercules. Pertandingan pesawat pengan