Pesawat C-17 Globemaster III

Pesawat C-17 Globemaster III ialah pesawat pengangkut strategik yang dikeluarkan oleh syarikat Boeing Integrated Defense Systems. Pesawat ini kini digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Udara Diraja British, Tentera Udara Diraja Australia dan Perintah Udara Angkatan Tentera Kanada. NATO dan Qatar juga telah memesan kapal terbang pengangkut strategik ini.

C-17 Globemaster III berupaya membuat penghantaran strategik anggota tentera dan semua jenis kargo dengan pantas ke pangkalan operasi atau terus ke pangkalan hadapan dalam kawasan pergolakan. Kapal terbang ini juga berupaya untuk melaksanakan penghantaran udara taktikal, pemindahan perubatan dan misi penguguran dari udara. C-17 mendapat namanya daripada kapal terbang kargo Tentera Udara A.S sebelumnya iaitu, C-74 Globemaster dan C-124 Globemaster II. Latar Belakang

Pada tahun 1970-an, Tentera Udara A.S. mula merancang untuk menggantikan kapal terbang pengangkut taktikal C-130 Hercules. Pertandingan pesawat pengangkut sederhana STOL termaju (AMST) telah diadakan, firma Boeing telah mencadangkan kapal terbang YC-14, manakala firma McDonnell Douglas pula telah mencadangkan kapal terbang YC-15. Meskipun cadangan dari kedua-dua firma ini melangkaui spesifikasi yang ditetapkan, pertandingan AMST telah dibatalkan sebelum pemenangnya dipilih.

Reka bentuk McDonnell Douglas YC-15 yang telah digunakan sebagai asas bagi C-17.Pada awal tahun 1980-an, Tentera Udara A.S mendapati mereka memiliki sejumlah besar kapal terbang kargo C-141 Starlifter yang telah berusia. Beberapa kapal terbang C-141 menghadapi masalah struktur yang teruk disebabkan penggunaannya yang intensif. Memburukan lagi masalah, dari segi sejarah Tentera Udara A.S tidak pernah memiliki keupayaan mencukupi bagi memenuhi keperluan pengangkutan udara strategiknya. Sebagai tindak balas, firma McDonnell Douglas telah dipilih untuk membangunkan kapal terbang baru dengan menggunakan YC-15 sebagai asas.

Firma McDonnell Douglas telah dianugerahkan kontrak untuk membina kapal terbang cadangannya, kemudian menamakan sebagai C-17A Globemaster III, pada 28 Ogos, 1981. Kapal terbang baru ini berbeza dari segi sayap rentang belakang, saiz yang lebih besar dan enjin yang lebih berkuasa. Ini bukan saja menjadikan ia boleh melaksanakan semua kerja yang dilakukan oleh C-141, tetapi juga memlaksanakan beberapa tugas C-5 Galaxy, menjadikan angkatan kapal terbang C-5 untuk mengendalikan kargo yang bersaiz besar

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

Sejarah Negeri Wuna

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA