Pejuang hak asasi
Translate this page > Satu ketika, hiduplah seorang anak manusia bernama Apung. Dia sangat glemer dan disenangi oleh ramai gadis di kampungnya. Apung juga ringan tangan sangat suka menolong. Seperti menolong perompak untuk melarikan diri, menolong kucing untuk mencuri ikan, dan membantu banduan lepas dari lokap. Kenapa apung lakukan itu semua ? Kerana Apung merasa sedih melihat banyak makhluk yang kehilangan hak asasinya. Saya tak tergamak melihat banduan disebalik didinding penjara. Itu merampas kebebasan mereka ! itu mencabuli hak asasi mereka ! demikian hujah Apung dalam satu wawancara oleh sebuah stesen tv mengenai perlindungan hak-hak makhluk, dimana beberapa hari yang lalu ayam jiranya mati di baham kucing yang telah di tolong Apung untuk makan ayam tersebut. Seminggu kemudian, di rumah Apung, ketika dia hendak mengambil makanan dari dalam peti sejuk, ketika Apung berjalan menuju dapur, dilihatnya kelibat benda hitam ya...