Postingan

Menampilkan postingan dari November 22, 2007

Berita Di Titian

Gambar
Dari Sabah Suasana pergunungan di Ladang Teh Sabah Pengunjung dapat menikmati keindahan dan kehijauan hutan hujan tertua di dunia.JIKA mahukan kelainan ketika bercuti dengan ditemani ribuan pokok teh, panjangkan langkah ke Ladang Teh Sabah di Kampung Nalapak, Ranau, kira-kira 150 kilometer dari Kota Kinabalu. Selain menikmati pemandangan luas menghijau dan ditemani bayu dingin pergunungan, peminat aktiviti mencabar yang ingin menerokai isi alam berpeluang berbuat demikian menerusi pelbagai aktiviti sambil menimba 1,001 pengalaman baru. Pemanduan selama dua jam dari Kota Kinabalu berbaloi sebaik tiba ke kawasan Ladang Teh Sabah yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Malah, kawasan berkeluasan 2,480 hektar dan dikelilingi hutan hujan yang dikatakan tertua di dunia (dianggar berusia 130 juta tahun) itu adalah ladang teh organik tunggal di Malaysia dan antara yang terpilih di dunia. Ketua Bahagian Pelancongan Ladang Teh Sabah, Ismail Martin Kong Abdullah, berkata lawatan ke ladang i...