When the lunatics run the asylum
APABILA SI OTAK MERENG MENJAGA RUMAH ORANG GILA “Hidup Cina! Hidup Cina! Hidup Cina!” “Hey, Wong! Apa yang kamu buat ni?” “Aku sedang berlatih dengan ucapan untuk Persidangan Tahunanlah Ali.” “Tapi...kenapa dengan melalak ‘hidup Cina’ pulak?” “Aku nak tamatkan ucapan nanti dengan menjerit sebanyak tiga kali Hidup Cina’!!!!! “Itu kerja gilalah. Bayangkan kalau seorang Melayu berdiri di atas pentas dan menjerit ‘hidup Melayu’ di akhir ucapannya? Bukankah dia kelihatan betul-betul bodoh? Saya percaya dia pun akan dianggap seorang yang rasis. Sudah tentu menggoyang-goyang pedang Kung Fu di atas kepala kamu juga dianggap rasis? Maksud saya apa rasa kamu kalau ada seorang Melayu mula menggoyang-goyang keris dan mengancam mahu menikam orang lain? Sudah tentu kamu juga akan merasa kecewa?” “Hmm……kamu memang betul. Mungkin saya akan lupakan pedang Kung Fu itu. Tetapi apa salahnya kalau saya laungkan ‘hidup Cina’? Lagi pun parti kami memang parti politik orang Cina. “Saya tahu. Teta...