Postingan

Menampilkan postingan dari Desember 9, 2008

IPv6 elak kekangan Internet

Gambar
> PENGGUNAAN Internet yang bertambah saban tahun boleh menyebabkan gangguan terhadap perkhidmatan itu di negara ini pada masa akan datang. Menyedari hal itu, MYNIC Bhd dipertanggungjawab oleh kerajaan untuk membangun sistem alamat Protokol Internet (IP) menghasilkan IP versi enam (IPv6) bertujuan menampung lebih banyak pengguna Internet pada masa akan datang. Pengarahnya, Shariya Haniz Zulkifli, berkata jumlah IPv4 yang digunakan Malaysia dianggarkan akan habis digunakan antara tahun 2008 dan 2010. "Inilah punca utama di sebalik keperluan melaksanakan IPv6 secepat mungkin bagi mengelak sebarang masalah ditanggung pengguna pada masa akan datang," katanya. Katanya, kepentingan Internet menyebabkan lebih ramai pengguna, komputer dan aplikasi Internet berhubung antara satu sama lain ditambah pula peningkatan teknologi WiMAX, WiFi dan jalur lebar yang memerlukan banyak alamat IP didaftarkan. "Sistem IPv4 sebelum ini sud...