No Tittle No Meta Tag No Keyword
Aku baru duduk depan pc ni,seawal pagi aku merayau dari hulu kehilir, beg gantung aku berisi "Bill..Bill..tapi bukan Bill Gates, paling pun Bil Gas,Bil api, air,bil asmara dan dan bil bil lain,semua bil ada... Aku pun heran, kenapa orang gantung bayar bil, hingga datang kertas merah baru mahu bayar."Macam penyakit buasair pula' kecil-kecil biarkan, dah besar pun biarkan..nanti keluar darah merah baru sibuk cari penawar. Macam tu juga Bil bil yang aku bawa hari ni. Sememangnya aku buat perkhidmatan bayar bil di kampung aku ni, melalui online aku bayarlah bil-bil orang kampung yang mahukan perkhidmatan aku...walaupun aku charge RM4 mereka sanggup bayar, yang aku tensen kalau dah hantar nota merah tu" aku tak boleh settle dalam internet, kena pegi juga di kaunter buat ansuran,macam hari ni punya kes...tensen aku dengan 6 kertas merah SESB, punyalah lama aku duduk depan kaunter, sebab CCM bil" dah buat itu keluar lagi berbaris diluar untuk buat bayaran tunai' ...