Masalah Tidur
Masalah tidur Inspirasi dari rawatankesihatan.blogspot.com Merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu sukar untuk tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa merasa mengantuk walaupun tidur selama 8 jam atau lebih, sering terjaga terlalu awal, sering tersenguk-senguk walaupun dikhayalak ramai, dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini akan menyebabkan kita berhadapan dengan keadaan yang berikut : 1. Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur. 2. Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam. 3. Sering tertidur ketika berada dikhayalak ramai. 4. Kurang aktif dan kurang mempunyai hubungan sosial. 5. Sukar untuk menumpukan kepada isu yang dibincangkan dan fikiran sering merawang kepada pekara lain. 6. Sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut,pening, dan lain-lain. 7. Sukar tidur, sering terjaga malam, atau terjaga terlalu awal. 8. Takut waktu tidur kerana risau su...