Salam Maal Hijrah 1430H
Translate this page > MUHARRAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam [Hijrah]. Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang", iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah [Al-Baqarah:91] Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah [Shahrullahi]. Sandaran yang dilakukan oleh Baginda SAW kepada Allah SWT lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah SWT tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan Khowas [terhas] di kalangan makhluk2Nya. Daripada Al-Hassan Al-Basri Rahimahumullah sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaram tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih ...