Gembirakan Anak Yatim
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” (Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah , ertinya berdekatan).” Hadith Riwayat Bukhari. Dalam usaha untuk melahirkan rasa prihatin umat Islam kepada mereka yang sentiasa memerlukan serta memuliakan bulan Ramadhan Al Mubarak pihak Hotel King Park Tawau "Jeddy Jairul Bersama Ezza Fazlina Jamlidi serta jawatan kuasa pengajur Tawau Bloggers Unity mengadakan Majlis Malam Mesra Idil Fitri Bersama Anak-Anak Yatim Ar Raudhoh Tawau. Majlis berlangsung dengan mesra dan keceriaan diwajah anak-anak yatim terserlah kerana malam istimewa mereka mendapat langsung sentuhan kasih seorang pemimpin, dimana YB Datuk Hj.Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj.Abu Bakar Titingan berserta Datin telah hadir pada majlis ini. Team Tawau Bloggers Unity difahamkan ba...