Gembirakan Anak Yatim

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” (Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah , ertinya berdekatan).” Hadith Riwayat Bukhari. Dalam usaha untuk melahirkan rasa prihatin umat Islam kepada mereka yang sentiasa memerlukan serta memuliakan bulan Ramadhan Al Mubarak pihak Hotel King Park Tawau "Jeddy Jairul Bersama Ezza Fazlina Jamlidi serta jawatan kuasa pengajur Tawau Bloggers Unity mengadakan Majlis Malam Mesra Idil Fitri Bersama Anak-Anak Yatim Ar Raudhoh Tawau.

Majlis berlangsung dengan mesra dan keceriaan diwajah anak-anak yatim terserlah kerana malam istimewa mereka mendapat langsung sentuhan kasih seorang pemimpin, dimana YB Datuk Hj.Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj.Abu Bakar Titingan berserta Datin telah hadir pada majlis ini.

Team Tawau Bloggers Unity difahamkan bahawa Yang Berhormat menerima berita majlis ini di saat-saat akhir yang juga bersamaan dengan satu jemputan lain, namun Yang Berhormat telah menggunakan ruang yang ada bagi menghadiri majlis idil fitri ini untuk bersama-sama dengan Anak-Anak Yatim Ar Raudhoh .

Secara pribadi,adalah pertama kali bagi saya berhadapan dengan Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah ini, mungkin kerana internet adalah dunia saya ,menyaksikan dunia luar itu perkara yang sekali-sekala bagi saya, namun hakikatnya' dunia ada dihujung jari cuma.
Ucapan terima kasih tidak terhingga terhadap Datuk dan Datin kerana sudi meluangkan masa bersama bagi menggembirakan Anak-Anak Yatim ini. Kehadiran pemimpin telah menambah kegembiraan di hati anak-anak yatim sekelian.

Rumah Anak Anak Yatim Ar Raudhoh baru di wujudkan bagi membela nasib anak-anak yatim yang miskin agar tidak terbiar dan dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Mudah-mudahan dapat menghindarkan mereka dari hidup melarat dan tidak terjebak dengan gejala sosial yang boleh menimbulkan masalah kepada negara.

Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh akan memastikan anak-anak yatim ini akan mendapat pendidikan yang sempurna agar mereka menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Dan memastikan anak-anak di sini berusaha untuk memajukan diri dalam segala bidang.

Tawau Bloggers Unity mengharap benar agar hasrat yang murni ini mendapat sokongan yang ikhlas dari orang ramai TERUTAMA KAMI TUJUKAN KHAS KEPADA SELURUH WARGA BLOGGER SERTA PEMBACA DI MANA SAHAJA BERADA tidak kira bangsa dan agama,untuk kelangsungan Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh ini .
Harapan kami semoga Allah SWT sentiasa membukakan pintu hati insan-insan yang lebih bernasib baik agar sudi apalah kiranya menghulurkan bantuan kepada Rumah ini secara berterusan demi membela nasib insan-insan yang kurang bernasib baik. Mudah-mudahan, sumbangan mereka ini mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT. Insya Allah.

RENUNGAN:
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah

YB Datuk Hj.Tawfiq dan Datin Menyerahkan saguhati kepada Anak-Anak Yatim. Team Tawau Bloggers Unity Pada Majlis Malam Mesra Idil Fitri Bersama Anak Yatim Ar Raudhoh Gambar bersama Team Tawau Bloggers Unity, Pihak King Park Hotel dan Anak-Anak Yatim Arroudhah Tetamu Kehormat :YB Datuk Hj.Tawfiq ADUN N.56 APAS, Bersama Deputy Director II JKR Sabah Amrullah Kamal.ASDK selaku Pengerusi Rumah Anak Yatim Ar Roudhah. Terima Kasih Yang Berhormat Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan



Komentar

  1. haku 1st komem...
    hehehehehe

    laen kali berkumpul smua br bergambar...
    kan best

    BalasHapus
  2. Don...ada sudah coklet ko kan satu beg semalam ...kalo ada yang bagi lagi..balun sja laa ya...
    _______________________________________________

    Angriani...tu yang kurang,,ndak da geng rapat aku ni,,mat6,dan lain2,aku pon sibuk akhir2 minggu kepulangan aku sini...

    BalasHapus
  3. salam.... wah, meriahnya korang ya... ramai juga ahli Tawau Bloggers yang tak datang yaaa.... syabas buat semua kerana telah manjayakan majlis tersebut....

    BalasHapus
  4. kk....
    huhuhuhuhu....

    BalasHapus
  5. :) happy nya kamu.

    BalasHapus
  6. haku pown bangga d ckp...
    teda yg sehebat tawau bloggers...
    walaopown ada sangkut time MC toe..
    tp mmg best ar...

    BalasHapus
  7. Ok ba don,ko jadi MC tu malam,,,tahniah Don...kita smua bangga dengan ko bah...

    BalasHapus
  8. kan ada d sbut tawau blogger sbg pengajur..
    mest la ada wakil dr tawau blogger...

    BalasHapus
  9. aha.. SYabaZ.. TawauBloggerzz.. BeraMal Di Alam Maya.. gud work... Kerja Kuat Kalian.. pendorong Generasi akan dtng,,,, aisehmen... XXXXX star

    BalasHapus
  10. kontrol comel c don jd MC..hahahhaha
    makasi don ngan coklatnya ya...
    len kali kek coklat laik ko kongsi ngan kami :D

    BalasHapus
  11. Tawau Bloggers memang hebat aku dah puji depan pengerusi Tawau Bloggers.Cuma satu jer dia suka 'perang' dengan aku hahhahhaha!! Aku dah ready beli pistol air nak tembak dia!!!!

    BalasHapus
  12. bergh....
    mana da kontrol comel..
    mcmana maw kontrol klaw mmg ndak cumil...

    BalasHapus
  13. memang comel bah don,,dalam banyak2 ahli TBU..ko sja dapat coklat dari lawa..kihkih...gelak,,,gelak..

    ____________________________________________
    Farocklassik,,,kesian lama tunggu,,ingat ndak mau,,heeh..sbb tu jangan kongsi emel.lalalal

    _________________________________________

    Sabrina...sapa ambil kek coklat malam tu???suruh orang berkorban kan,,hahaha
    _______________________________________

    Lawa...hebatnya TBU kerana engkau ada dalam TBU juga....tanpa engkau kami tak cukup juga....punya kita-kita bah TBU ni...

    BalasHapus
  14. huahuahuahua....
    coklat jak??
    top up mana??

    BalasHapus
  15. apa pun pujian harus juga d berikan kepada cik ezza kerana menganjurkan acara amal seperti ini

    BalasHapus
  16. Ya betul tu Budi.Cik ezza telah berjaya menganjurkan program amal dibawah kendalianya dengan cemerlang.

    BalasHapus
  17. Terima kasih. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah Ta'ala. Segalanya berkat sokongan Encik Jeddy, kakitangan Hotel King Park dan ahli-ahli Tawau Blogger juga. Terima kasih kepada semua.

    BalasHapus
  18. eya eya..congrats eeza...
    uii c Don lokek kek coklat tu mlm..
    dia dapat kek yg byk coklatnya br dakmo dia ganti ama aku...
    comel ba ko DOn..cak ko senyum!! hahahahaha

    BalasHapus
  19. malaysia
    Dahsatttt,,tidak sangka komuniti bloggers seumpama ini wujud, yang kutahu bloggers kebanyakan cuma cerita besar dialam maya dengan tulisan ditokok tambah untuk kepentingan mereka.
    TAHNIAH TAWAU BLOGGERS UNITY,inilah yang dikatakan blogger sebenar.

    BalasHapus
  20. buuuuuueeeeeeekkkkkkk
    haku pown maw coklat...
    hahahaha..
    mana maw rugi...
    nsb time ambik toe self service...
    hahaha..
    mana da haku cumil

    BalasHapus
  21. Puteri Ezza - Terima kasih kembali.
    _____________________________________

    Sabrina - Ndak da junaidi..ko try buli c, don ka,,ahaha..
    _____________________________________

    malaysia - terima kasih,tapi itu tidak perlu diucap,kerana dalam TBU tiada budaya mahu angkat diri, tapi jika malaysia mau sanjung juga, terpulanglaa kan,,orang menilai,,kami tak megah-megah diri.kami hargai sanjungan'namun biarlah bertempat,kerana kami ni banyak kekurangan.,terimakasih bagi TBU
    _________________________________

    Don - kesian jadi mangsa buli ko ,hari tu cjunaidi dibuli dengan dorang tu..waspada ko don,mangsa coklat...hahahaha''gelak...

    BalasHapus
  22. waaaaaaaakk...manada buli owhh
    comel mmg c Don..ada ba kan lesung pipimu Don?
    tu yg mahal..hahahhahaa
    sapa suruh dia dak mo tukar kek coklatnya ama kek ku?? keknya byk coklatnya..

    BalasHapus
  23. Hahaha, berebut kek coklat ka? Adeh. Ndak pa Rina... nanti kita order lagi kek coklat 5 kilo ya. Hehehe. Si Rina 2 kilo, si Don 2 kilo. Yang 1 kilo, dibagi2 utk ahli2 Tawau Bloggers yang lain (^_^)

    BalasHapus
  24. mana maw gtue..
    ndak best..
    sama rata lawh tuk smua

    BalasHapus
  25. aku suka denga ko ni Don,,internet ni kau guna dengan betul,ada juga sebahagian guna internet untuk perkara yang merusak akal sihat,,ngekkkngerti kaannn..ahaaa

    BalasHapus
  26. ngerti...
    kekadang klaw bored...
    tutt lawh jwbnya...

    BalasHapus
  27. dak ku mau bagi2 ngan c Don..
    kasila aku smuanya eeza..hahahahaa

    BalasHapus
  28. bbuuueekk..
    haku pown ndak maw...
    kek coklat wa toe..
    ehe

    BalasHapus

Posting Komentar

Berkomentarlah dengan sopan jangan sampai terjerat dengan undang-undang UUITE

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

Sejarah Negeri Wuna

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA