Kembara Wunabarakati

K A L I M A N T A N - S U L A W E S I - T A N A H J A W A
INDONESIA --------------------------------------------------------------------------------
HARI PERTAMA 28 Ogos 2008, projek pribadi dalam bilik "telah hampir siap . Sudah hampir tiba masanya untuk pulang ke Negeri kelahiran arwah Datuk tersayang. Banyak tempat-tempat yang ingin saya belum terokai lagi. Lantaran itu, sebelum terlewat, saya mengambil keputusan untuk ke Sulawesi, kemuncak pengembaraan di Asia Tenggara.

Berlepas dari Tawau pada 28 ogos 2008 dengan menaiki KM Mid East Express Sarawak menuju Nunukan. Ini bukan kali pertama saya mengunjungi Nunukan ataupun Tarakan, tetapi ini adalah perjalan panjang saya yang telah dirancang . Perjalanan cuma memakan masa kurang lebih 2 jam . Ada sedikit perubahan waktu ketepatan kapal ini sampai ketujuan" Nunukan .Masih jelas lagi seorang anak buah kapal berkata, bahawa sebuah engine mengalami kerusakan.

Bertolak ke Nunukan dalam kapal ada seorang rakan dari Tawau yang selalu menjadi pelanggan saya. Kebanyakan penumpang adalah warga Indonesia yang mahu pulang setelah lama berkerja .

Seorang Makcik yang duduk di sebelah saya pula adalah orang Bugis Malaysia yang mahu menjenguk saudara mara di Ujung Pandang. Kami tiba di Nunukan dan memasuki kawasan Pejabat Imigresen Indonesia. Semuanya berjalan lancar tanpa gangguan.
Selesai saja urusan immigresen, saya berjalan ke pejabat PELNI (Pelayaran Nasional Indonesia) untuk mendapatkan tiket pelayaran ke Ujung Pandang. Lega rasanya kerana mendapat tiket kelas satu yang saya kira jauh lebih selesa berbanding dengan kelas ekonomi.

Di pelabuhan Tunon Taka Nunukan saya singgah makan di sebuah gerai. Berlaukkan ikan bakar dan sayur, makanan sungguh menyelerakan apa lagi bercicahkan sejenis kuah kacang yang jarang saya nikmati selama ini. Kapal KM TIDAR baru saja berlabuh. Ia akan berlepas pada jam 8.00 malam waktu dalam tiket. Saya memerhatikannya dengan penuh harapan.

Kira-kira jam 6.00 petang saya mulai masuk ke dalam kapal serta mendapatkan bilik. Seorang Perwira Pelayaran Indonesia menghulur pertanyaan dengan ramah,"Kamar nomor berapa Pak, saya menjawab "6016 Pak, tolong dibantu!. Perwira tersebut menghantar saya ke bilik berhawa dingin serta hanya memuatkan 2 orang penumpang. Setiap orang mendapat almari berkunci. Bilik itu pula dilengkapi dengan sebuah kamar mandi hanya untuk kegunaan ahli bilik tersebut.

HARI KEDUA

Pada hari ini kapal KM Tidar menghampiri Pulau Sematang menandakan yang kami akan tiba di Toli-Toli sebentar lagi. Maka berlabuhlah pelayaran saya untuk sementara waktu, turun di pelabuhan Toli-Toli dan menyaksikan pelbagai barangan ukiran yang terbuat dari kayu hitam, aneka bentuk ukiran dan barangan di tempat ini.
Gembira rasanya, tetapi saya masih belum dapat meramalkan apa yang akan terjadi sementara hendak menuju ke Ujung Pandang. Di daratan pelabuhan Toli-Toli, saya berjumpa dengan seorang wanita rakan lama, yang kebetulan berada dalam kapal yang sama dengan tujuan Pare-Pare" mungkin ada konsert dia, maka beriringanlah kami mencari apa-apa juadah yang di jual sekitar pelabuhan Toli-Toli, lebih kurang 30 minit kami kembali menaiki kapal. Siren kapal mempercepat langkah kami dengan harapan agar dapat menikmati rasa resipi menu Toli-Toli. Sebelumnya kami mengabadikan beberapa gambar kenangan di pelabuhan Toli-Toli.....
Bersambung.... (MENEROKA BENTENG TERPANJANG DI DUNIA)
post signature





Comments :

18 Ulasan to “Kembara Wunabarakati”
HSC dOn said...
on 

best ar bos...
nak ikut..
hehehehe

romzi said...
on 

muehehe.. kenapa ko tidak bawa itu cewek balik tawau wis?

Wis said...
on 

dOn..mesti mau ikut juga? laa...dah lewat bah tu masanya..expired sudah dOn..
_______________________________________________

romzi..itulah aku bawa ni rom,,sudah upload sana tu.. :))konsert kali
dia...cuba cari gambarnya di internet..mesti jumpa tu rom,,ihihih...rahsiamu lalalala...

HSC dOn said...
on 

next time daaa....

Sabrina said...
on 

toli-toli ka eya? waaaa..kampung arwah bapaku tu tp dak pernah laik p sana cian..
law pare-pare plak kampung mamaku..2 kali uda aku pg..insya Allah bulan 12 ni kali balek pare-pare lagik ikut mamaku law d ajak la..3 tahun udah ndak jumpa nenek belah mamaku ni :D

Budak Darjah Dua said...
on 

Wah, ada gambar cewek cun. Hikhik :-P

Alwis said...
on 

Sabrina...kalo sampai sana call aku sja,,ehehe...aku ada sana juga tu;;gathering laa ko,,aku join.e
.kekek
________________________________

Budak Darjah Dua ..... laaa..lom cukup umor laa,,mahu kena marah lagi ker???cewek orang bah tu,, aku pinjam sja..hahaha

Kristina Dian Safitry said...
on 

ehm..ehm..adek jadi batuk nih kak.he..he...

sabrina said...
on 

uikkk mo pg laik ka?
paling cuti2 indonesia suda ko ni wis..hehehe

Alwis said...
on 

Ada gula kaa sana,,,ndak tau yaa....study bah aku sana cian...

sabrina said...
on 

kalik p pare-pare sak ba wis..
jan lupa bawak gula ngan milo law p sana :D

Alwis said...
on 

wakakak,,,ndak pernah aku bawa benda gtu bah sabrina' kerja pompuan laa bah tue..aku masuk cafe sja lagi bagus....bawalah ko 2 atao 3 guni erk...

Sabrina said...
on 

hahahhaha..bukan baitu..kan biasanya org d sana sukak pesan gitu dr org d Tawau..aku tu sampaikan sak niat baik dorg..hohooohohohoho

Alwis said...
on 

Kristina Dian Safitry -ehm..ehm..adek jadi batuk nih kak.he..he...
______________________________
Uwaa,,,gadis sudah kawin kaa,,,tukar gelar jadi laa..asal jangan pakai nama gadis kalo dah kahwen,,ahhaha

Alwis said...
on 

SABRIANA - haha,,boleh buat bisness bah tu,,,kita export laa sana..amacam,,aku bawa men kontener...siap ko cari market sana kaa,,:)

romzi said...
on 

mana sambungannya ni wis.. takkan hari pertama & kedua sahaja. hari2 yang selepasnya mana. sertakan sekali gambarnya. :)

Sabrina said...
on 

sambungan dak baik utk kanak2 bawah umur..tula dakda..hahahhahaa
dakmo la aku wis bisnes sana...dak ku tau cian tmpt d sana ya...dak lama kenak jual juak aku..ahahahahahaha

Alwis said...
on 

Rom...sabar bah sambungan kisah kembara ni, mesti ada ''cuma memory aku lagi hang'''busy dngan syarikat-syarikat aku ni kena update..alalal" paham juga ko kan..
___________________________________________

Sabrina...ndak kira umur bah..boleh baca sambungan kembara ni....romzi tu bawah umor kaaa ko cakap gitu...cool bah" aku kan cakap" semua tergantung niat kita....cewek cun atas tu, macama adik beradik bah tue kami...

Post a Comment