Sehari Sebagai Pemantau Bebas

2 November 2008,Tawau Bloggers Unity berjaya melaksanakan tugas sebagai "Badan Bebas Pemantau Pemilihan Perwakilan Bahagian - UMNO Bahagian P.190 Tawau".

Hari ini Aku dan rakan-rakan dalam Tawau Bloggers Unity buat kerja macam MAFREL pula, bagi memastikan Pemilihan Perwakilan UMNO Bahagian P.190 Tawau 2008 berjalan secara telus. Satu cabaran bagi Tawau Bloggers Unity yang tidak menggalakkan penulisan berkaitan politik melampau dalam blog ahli-ahlinya.

Dua hari sebelumnya, aku telah menerima panggilan telefon dari Pejabat UMNO Bahagian P.190 Tawau untuk menjemput Tawau Bloggers Unity melalui lisan dan surat rasmi Sebagai Badan Bebas Pemantau pada Pemilihan Perwakilan UMNO Bahagian P.190 Tawau 2008, ahad 2 November nanti (hari ini).

Satu pertemuan khas diadakan oleh sidang redaksi TBU hari itu juga bagi mengambil sebarang pandangan, dan keputusan diambil adalah menemui pihak UMNO Bahagian P.190 untuk menyatakan prinsip Tawau Bloggers Unity.
Team TBU di sambut oleh YB Datuk Haji Tawfiq HJ Abu Bakar Titingan, selanjutnya beliau menyatakan hasrat agar proses Pemilihan Perwakilan Bahagian - UMNO Bahagian P.190 dilaksanakan dengan telus dan meminta Tawau Bloggers Unity sebagai Badan Pemantau Bebas. YB Datuk Haji Tawfiq HJ Abu Bakar Titingan yakin dengan kewibawaan Tawau Bloggers Unity sebagai kumpulan yang memegang prinsip tidak menyebelahi mana-mana pihak .

Kami salute and respect serta bangga dengan jiwa dan prinsip kepimpinan YB Datuk Haji Tawfiq HJ Abu Bakar Titingan dalam mentadbir UMNO Bahagian P.190 tanpa sebarang unsur negatif yang boleh merusak sebuah sistem demokrasi.TAHNIAH DATUK, semoga menjadi tauladan kepada kepimpinan lain.

Tawau Bloggers Unity kemudian mula menghubungi ahli-ahli dan juga bertanya untuk mengenal pasti ahli yang tidak memiliki keluarga atau kepentingan dalam Perwakilan UMNO Bahagian P.190 Tawau. Ahli yang demikian berada dalam senarai "DECLINE" untuk tugas ini, selepas mengenal pasti Ahli TBU yang layak, pesanan ringkas dihantar dengan mesej "Tugas Khas -Wajib" jatuh tempoh baru ada TKLIMAT...huhu' bertanya-tanyalah mereka semua,"Tugas Khas apa!!

Hari ini semua berkumpul di bangunan MARA Tawau 'Taklimat dan tugas penting akan dijalankan' dan nampaknya semua faham apa yang akan dibuat,Aku - Budi - Maya - Adry - Angriani - Agus - Rahman - Mat6 - Anne - Eyda - Sabrina - Don - Junaidi - dan lain-lain siap berkhidmat dan tahu tugas masing-masing.

Di Bangunana MARA sebelum menuju Dewan Pemilihan Perwakilan Sekitar jam 11.00 Team TBU mula menuju lokasi Dewan Pemilihan Perwakilan ,orange hitam suasana warna depan pintu Dewan dengan seribu tanda tanya orang' Siapa Mereka ni!! dari mana" diam sahaja laa kami, huhu !.

Memasuki bilik Urus Setia pemilihan dimana tabung-tabung undi telah disediakan mengikut saluran-saluran'macam suasana Pilihan Raya pula kesannya' pujian patut diberi kepada Pelaksana Pemilihan kerana menyediakan tata cara pemilihan seumpama ini, YB Datuk Haji Tawfiq HJ Abu Bakar Titingan mengumumkan bahawa En.Osman Mat Noor adalah Pengerusi Pelaksana yang juga merupakan Setiausaha Bahagian P.190 Tawau.Syabas dan tahniah atas usaha ini yang memudahkan Tawau Bloggers Unity memantau dengan lebih saksama. Proses pengundian mula berlangsung dan Team Tawau Bloggers Unity telah mengambil tempat masing-masing, memerhati proses ini dengan saksama walaupun di barisan saluran untuk mengambil kertas undi berhimpit-himpit menunggu giliran.
Satu demi satu pemilih dengan arahan Pemantau TBU agar tidak memasuki ruang pembuangan undi sesuka hati.
Setiap kertas undi yang berada di tangan pemilih menjadi sasaran pemerhatian kami, dan satu insiden berlaku dimana seorang calon pemilih telah mengisi kertas undi dengan nombor-nombor Calon Bertanding untuk dimasukkan dalam Peti Undi,dengan alasan beliau letih untuk berbaris.Tawau Bloggers Unity telah menghalang kertas undi tersebut untuk di buang dalam peti dan berlaku sedikit ketegangan. Aku menghubungi Ketua Urus Setia dan menyatakan undi tersebut sebagai undi rusak,

Perit juga jadi pemantau ini kan !! walaupun pandangan tidak puas hati terhadap kami,'semoga pengundi tadi memahami erti demokrasi.
Aku - Budi - Maya - Adry - Angriani - Agus - Rahman - Mat6 - Anne - Eyda - Sabrina - Don - Junaidi - serta rakan lain lenguh kaki, ada yang demam sikit' heheh...ada juga yang kata mahu lepas tulang lutut. Selesai proses pembuangan undi, Tawau Bloggers Unity mula melakukan proses pengiraan kertas undi kemudian melakukan pengesahan terhadap kertas-kertas undi dengan teliti di saksikan Calon dan Wakil Calon Bertanding. Proses pengiraan berlangsung dengan bersih tanpa sesiapa mengganggu Team Tawau Bloggers Unity dalam mengesahkan kertas-kertas undi tersebut,dimana Pasukan Pertahanan Awam telah menjaga keselamatan kami,sehingga semua rakan telah melaksakan tugas dengan cemerlang.

Hasil akhir Pemilihan Perwakilan Bahagian - UMNO Bahagian P.190 Tawau, berada ditangan saya pada sekitar jam 6.30 dan selanjutnya saya serahkan kepada Pengerusi Persidangan untuk pengumuman Calon-Calon yang menang untuk jawatan-jawatan dalam Perwakilan Bahagian - UMNO Bahagian P.190 Tawau.

Usai Pemilihan, YB Datuk Haji Tawfiq HJ Abu Bakar Titingan turun menuju bilik Urus Setia untuk bertemu dan memberi ucapan terima kasih kepada Team Tawau Bloggers Unity,serta mengambil gambar kenangan. Terima kasih kepada YB Datuk Haji Tawfiq HJ Abu Bakar Titingan atas sokongan terhadap prinsip Tawau Bloggers Unity yang independent.
Untuk Makluman" YB Datuk Haji Tawfiq HJ Abu Bakar Titingan tidak ikut bertanding pada pemilihan kali ini kerana beliau telah menang tanpa bertanding.

Keratan Akhbar Borneo Post , keluaran 10 November 2008, mukasurat 13
http://tawaubloggers.com



Komentar

  1. huhu..
    ko pown cpat gak post entry nih..

    BalasHapus
  2. suaraku serak2 basah sudah ni weiii...... hahahaaa...

    BalasHapus
  3. UNDI ROSAK!!! hhahahahahaha

    BalasHapus
  4. nggak ada baju free nya mas. congratulation TBU

    BalasHapus
  5. Rom.. tanya Mas Budi..pasti ada tuh bajunya lagi:))

    BalasHapus
  6. gambar ko tu ala² macho tuuuu wisss...
    huhuhuhuhuhu :d

    tapi kepala ku pening, kaki ku mcm mau patah lepas acara 'menari²' ni tau :p

    BalasHapus
  7. HSC don...ko pown cpat gak post entry nih..

    Cemana ndak cepat, kerja depan pc heheh
    _______________________________________________
    friendly ...suaraku serak2 basah..

    Basah cuma suara kkkkik... baju ndak basah .."kan..kan' ndak tau yang len bro..huhu
    _______________________________________________
    Budi ...SAH..

    Ya "undi SAH ,ada kaa yang langgar ko kemarin tu budi!
    _______________________________________________
    HSC dOn... KIV....

    tu dah kira rusak..haha
    _______________________________________________
    sabrina ...UNDI ROSAK!!!
    sapa yang sampai juling tu mengira nombor double tu arr...ko kaaa rina ,ahahah
    _______________________________________________
    Romc ..Ada tu baju Free....

    tunggu dengan bendahari kita tu rom, Sis Angriani kalo dia dah terima baju tu....rugi ,ndak ikut rom..
    _______________________________________________
    HSC dOn ...69!!!!!

    Apa style tu Don...nombor kaa apaaaa...ni kes ko kena rujuk dengan abang ganasmu disini untuk knsnlng ko macam junaidi ikut tu,hahahah' tanya romzi apa dia ajar junaidi cian..
    _______________________________________________
    ^aNgRiAni^... gambar ko tu ala² macho wiss........

    Jadik slama ni aku ndak macho laa ya..hahahaha" kalo cam ni kena state gaya gitu laa kan' jangan jalan2 dlu , nanti lepas kaki' sapa suruh goyang sana sini ..ahahah

    BalasHapus
  8. aw...
    nombor yg d bakul2x toe wa...
    ehehe....

    br plak haku perasaan ada gambar2x oleh HSC dOn toe..

    ur welcome...
    ngee~...

    BalasHapus
  9. :) salam rindu dari Langkawi...

    BalasHapus
  10. CAYA .. la.. korang!! :-)) Undionoh TBU

    BalasHapus

Posting Komentar

Berkomentarlah dengan sopan jangan sampai terjerat dengan undang-undang UUITE

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA

Sejarah Negeri Wuna