Adik Khadizah Yang Malang
Kami cukup sedih apabila melihat dengan mata kepala sendiri keadaan adik Nur Khadizah Tinie yang ditimpa kemalangan apabila di langgar lori mengangkut sawit seberat 10 tan!! Ya, 10 tan!! tetapi alhamdulillah Allah dah tetapkan yang ajal adik ni bukan di situ, dengan kekuasaan Allah, nyawa adik ini terselamat dan masih sedarkan diri walaupun walaupun kengan keadaan yang menyayat.
Ketika kemalangan beliau masih sempat menjerit minta tolong kepada pemandu lori tersebut. Ini merupakan gambaran yang dapat kami berikan.. pihak hospital tidak membenarkan sebarang sesi gambar menggambar harap maklum.. ini merupakan gambar yang sempat diambil bagi mengesahkan keberadaan adik Khadijah yang malang.
Menurut cerita yang dikisahkan kepada kami oleh ayah dan ibu kepada adik ni.. dia sedang menaiki basikal pulang dari sekolah menuju rumah kediamannya apabila dengan tidak sengaja adik ni terlanggar tayar belakang basikal kawannya yang berada di hadapan dan membuatnya terpelanting jatuh di bahu jalan dan dilanggar oleh lori yang kebetulan lalu pada ketika itu.
Akibatnya… kulit kepala adik ini terkoyak… tangan sebelah kirinya patah dan rahang adik ini terlepas…subhannalh...kami di tatapnya sayu dan cuba mengenali seorang guru sekolahnya dengan hanya satu mata bahagian kanan adik ini.
tak dapat aku bayangkan jikalau aku yang berada di tempat adik ini.. kami sungguh kagum dengan kecekalan adik ini , dia tetap tenang dan menahan segala keperitan yang dialaminya dan menjawab segala soalan soalan yang ditanya oleh doktor ketika kami ada… aku rasa, kalau insan lain yang berada dalam situasi adik ni, mungkin tak habis habis menangis… menjerit jerit menghadapi kesakitan yang di alami…
Untuk pengetahuan semua, dekat dalam masa terdekat adik Khadizah dijangka akan menjalani pembedahan pada tulang rahang dan tulang pipinya yang patah, pembedahan menggantikan tulang lengannya kepada besi serta pembedahan menampal lutut kirinya yang berlubang menggunakan isi paha kanan. Kesemuanya ini memakan kos yang agak tinggi.
Memandangkan keluarga adik Khadizah bukan terkategori sebagai golongan yang berada, kos pembiayaan perbuatan serta pembedahan adik Khadizah sedikit sebanyak membimbangkan mereka. Jika para blogger ingin meringankan beban keluarga adik Khadizah dengan menghulurkan sumbangan dalam bentuk apa sahaja,
Berat mata kita memandang , berat lagi bahu yang memikulnya…beratnya penderitaan andik Khadizah mungkin tidak dapat diluahkannya dalam keadaan beliau yang masih dibalut jahitan pada bibir, kepala dan anggota badan yang patah," apakata kita hulurkan bantuan derma untuk meringankan beban keluarga ini… hulur lah seikhlas hati dan yang termampu, walau RM1 pun insyaAllah niat dan bantuan yang kita hulurkan akan mendapat keredhaan Allah S.W.T…
Mari bersama kita hulur bantuan derma kepada adik Khadizah melalui akaun peribadi Bendahari Tawau Bloggers Unity, Puan Angriani. Maklumat akaun adalah seperti berikut.
Maybank : 160036869787 , NUR ANGRIANI BINTI NURJA
Tawau Bloggers Unity akan terus menyalurkan bantuan yang terkumpul kepada keluarga adik Khadizah.
Bantulah seikhlas hati… jikalau derma tidak dapat anda hulurkan, tolong sebarkan berita ini kepada sahabat sahabat , rakan rakan blogger yang lain.. insyaAllah dengan bantuan tak seberapa ini kita dapat membantu mereka yang dalam kesusahan.
Sila hantar slip pembayaran yang mengandungi maklumat transaksi serta
Nama anda dan nombor telefon ke alamat :
tawaubloggers@yahoo.com
Sila rujuk kenyataan rasmi dari Tawau Bloggers di laman web rasmi Tawau Bloggers : www.tawaubloggers.com
bantulah sekadar yang termampu…
kesian adik nih...
BalasHapusYa bah, kesiann bro....c adry ndak sanggup tengok...dia jauh-jauh sja...
BalasHapustgk pic pun kita mmg da sedih, pa laik kalau dah depan mata
BalasHapusSabrina...ko hack ka,,blog c,eyda sama c, anne...hahah
BalasHapushack apanya..aku ba yg buat cian..hehehehe
BalasHapustunggu dorg spen aku tanda trima kasih :D
Jangan lupa ajak aku ya..kalo dorang dah spen tu,,infom sja d'orang,,aku ada ikut buat juga...heheh..sakat laaa
BalasHapus"kalau dah spen" ka eya?
BalasHapusnnt pas dorg spen br aku bgtau ko ya wis..
alhamdulillah! hahahahaha
Dari spend dorang-dorang tu, apa kata kita kumpul duit seringgit dua , hulur untuk budak ni kesian....
BalasHapus