Postingan

Menampilkan postingan dari Oktober 23, 2008

Kembara Wunabarakati

Gambar
K A L I M A N T A N - S U L A W E S I - T A N A H J A W A INDONESIA -------------------------------------------------------------------------------- HARI PERTAMA 28 Ogos 2008, projek pribadi dalam bilik "telah hampir siap . Sudah hampir tiba masanya untuk pulang ke Negeri kelahiran arwah Datuk tersayang. Banyak tempat-tempat yang ingin saya belum terokai lagi. Lantaran itu, sebelum terlewat, saya mengambil keputusan untuk ke Sulawesi, kemuncak pengembaraan di Asia Tenggara. Berlepas dari Tawau pada 28 ogos 2008 dengan menaiki KM Mid East Express Sarawak menuju Nunukan. Ini bukan kali pertama saya mengunjungi Nunukan ataupun Tarakan, tetapi ini adalah perjalan panjang saya yang telah dirancang . Perjalanan cuma memakan masa kurang lebih 2 jam . Ada sedikit perubahan waktu ketepatan kapal ini sampai ketujuan" Nunukan .Masih jelas lagi seorang anak buah kapal berkata, bahawa sebuah engine mengalami kerusakan. Bertolak ke Nunukan dalam k...