Postingan

Menampilkan postingan dari Juni 9, 2008

Berhenti Kerja Jadi Hantu

Haruskah berhenti kerja...! Soalan pada diri sendiri dan juga kepada mereka yang layak bersara dari dunia kerja rutin,ungkapan "berhenti kerja"tertuju bagi yang bekerja dengan majikan/tauke atau mandor, tetapi tidak terbatas pada sektor kerja apapun,hakikatnya..TIDAK ADA SEORANG PUN BERHENTI KERJA. Bukan sifat tamak jika seseorang yang telah menikmati hasil dalam satu dunia niaga dan terus bekerja keras,kerana sebenarnya mereka mencari kepuasan dalam apa jua kerjaya itu.Mungkin kita harus memahami sebuah kebahgiaan yang kita rasa pada satu-satu ketika kebahgiaan itu hadir. Jika anda pernah merasa seperti saya'dimana waktu yang paling gembira adalah sebenarnya ketika kita memperoleh WANG' bukan ketika setelah memperoleh WANG. Kegembiraan sewaktu memperoleh WANG tidak sama dengan kegembiraan SELEPAS MEMPEROLEH WANG,malah selepas memperoleh wang banyak fikiran karut dan rancangan yang kadang melahirkan perbezaan dalam mewujudkan keinginan.Jadi betullah wang itu berhantu ...