When the lunatics run the asylum

 APABILA SI OTAK MERENG MENJAGA RUMAH ORANG GILA “Hidup Cina! Hidup Cina! Hidup Cina!” “Hey, Wong! Apa yang kamu buat ni?” “Aku sedang berlatih dengan ucapan untuk Persidangan Tahunanlah Ali.” “Tapi...kenapa dengan melalak ‘hidup Cina’ pulak?” “Aku nak tamatkan ucapan nanti dengan menjerit sebanyak tiga kali Hidup Cina’!!!!! “Itu kerja gilalah. Bayangkan kalau seorang Melayu berdiri di atas pentas dan menjerit ‘hidup Melayu’ di akhir ucapannya? Bukankah dia kelihatan betul-betul bodoh? Saya percaya dia pun akan dianggap seorang yang rasis. Sudah tentu menggoyang-goyang pedang Kung Fu di atas kepala kamu juga dianggap rasis? Maksud saya apa rasa kamu kalau ada seorang Melayu mula menggoyang-goyang keris dan mengancam mahu menikam orang lain? Sudah tentu kamu juga akan merasa kecewa?” “Hmm……kamu memang betul. Mungkin saya akan lupakan pedang Kung Fu itu. Tetapi apa salahnya kalau saya laungkan ‘hidup Cina’? Lagi pun parti kami memang parti politik orang Cina. “Saya tahu. Tetapi, Malaysia bukannya 100% milik orang Cina. Ada 60% Melayu dan 40% bukan-Melayu ataupun semacam itulah. Saya juga tidak tahu angka sebenar kerana terdapat ramai orang Indonesia yang telah diberikan kad pengenalan sehinggakan kita tidak tahu berapa ramai mereka itu sebenarnya. Jadi tidaklah menjadi satu perkara yang sensitif kalau ada orang Melayu yang naik atas pentas dan mula menjerit “hidup Melayu?” “Saya fikir kamu mungkin betul. Mungkin saya hentikan menjerit “hidup Cina” daripada ucapan saya. Baiklah! Kalau anda lebih sensitif kepada perasaan kaum lain. Sebelum anda buka mulut, anda mesti berfikir sejenak apakah yang akan anda sebutkan itu mungkin menyentuh perasaan kaum lain ataupun tidak. Seperti dengan para pemimpin Melayu, khususnya mereka di peringkat menteri, yang sanggup berdiri di atas pentas dan melalakkan ‘hidup Melayu’, anda juga tidak seharusnya berkeliaran melalak ‘hidup Cina’. Apa jadi kalau orang Melayu membalas dendam hanya dengan menjerit ‘hidup Melayu?’ Apa pula perasaan kamu, Betul cakap awak. Saya tidak pun berfikir semacam itu. Itu adalah satu nasihat yang baik.” “Kami orang Melayu mungkin merupakan 60% penduduk di negara ini, tetapi kami masih tetap prihatin dan peka kepada perasaan golongan pendatang yang minoriti. Kami selalu fikirkan apakah perasaan orang pendatang seperti kamu.” “Saya hargai perkara itu.” “Datuk saya datang daripada Indonesia dan selepas negara mendapat kemerdekaan kerana negara itu (Indonesia) sedang bercelaru. Ketika itu Malaya masih lagi di bawah kuasa British tetapi negara ini stabil dan aman damai, walaupun ia masih merupakan tanah jajahan British. Ayah saya telah dilahirkan di negara ini dan kami anggap diri sebagai Melayu Malaysia dan bukan warga Indonesia lagi. Kerana itu kami mesti berfikir sebagai rakyat Malaysia. Saya percaya anda pun berfikir semacam itu.” “Memang, datuk moyang saya datang ke Malaya sekitar tahun 1400 dan tidak ada seorang pun keluarga kami yang pulang semula ke China, walaupun sebagai seorang pelancong. Kami tidak pun kenal saudara kami di China ataupun di mana mereka berada.” “Saya ada juga pulang ke Indonesia, sekali-sekala. Saya masih menziarahi saudara-mara di sana, tetapi mereka adalah terlalu miskin. Keadaan hidup di Indonesia memang sukar. Kami lebih beruntung berada di Malaysia. Cara hidup amat mudah di sini, khususnya kepada orang Melayu semacam saya.” ”Kamu memang bernasib baik. Masih ada saudara mara di Indonesia. Ini bermakna anda mempunyai dua negara untuk dipanggil tanah air sendiri. Kami orang Cina hanya memiliki Malaysia. Negara China tidak akan menerima kami balik kalau pun kami mahu pulang ke sana. Tetapi, apa gunanya balik ke sana? Bukannya ada apa-apa lagi untuk kami.” “Keadaan di Malaysia pun bukannya teruk sangat. Sekurang-kurangnya kamu orang Cina boleh cari makan di sini. Kalau tidak dapat pekerjaan anda boleh berniaga bila-bila masa. Kami orang Melayu perlu bekerja dengan kerajaan. Jika tidak kami tidak ada mata pencarian. “Orang Cina tidak boleh bekerja dengan kerajaan. Kerajaan tidak akan mengambil kami. Jadi kami tidak punya pilihan selain berniaga, walaupun terpaksa menjual VCD haram. Kadar pengangguran kami di kalangan lulusan universiti sudah naik sehingga 50% tahun ini berbanding tahun lalu. Apakah anda sedar perkara ini?” “Aduhai, begitu tinggi?” “Betul. Tahun lalu terdapat dua orang anak Cina lulusan universiti yang menganggur di seluruh Malaysia. Tahun ini tiga orang anak Cina lulusan universiti yang menganggur, jadi kenaikannya bersamaan 50%.... kan? “Oh...dahsyat juga yer? Keadaan tidaklah seteruk itu di kalangan orang Melayu. Tahun sudah terdapat 60,000 orang graduan yang menganggur. Pada tahun ini jumlahnya menjadi 66,000. Ini bermakna kadarnya meningkat 10% sahaja. Tidaklah dahsyat sangat. “Tengok, orang Melayu lebih bernasib baik. Kerajaan serapkan para graduan itu. Anda boleh masuk berkhidmat dengan polis ataupun tentera. Kami orang Cina tidak ada tempat mana hendak pergi?” “Saya fikir awak betul juga. Tetapi itu semua itu adalah kesilapan para pemimpin politik kita. Kami ada UMNO yang mengambil berat tentang kepentingan Melayu. Kamu ada MCA dan Gerakan, tetapi mereka tidak peduli hal ehwal orang Cina. Kamu dibiarkan dan terpaksa berusaha sendiri. Kamu perlu bekerja kuat untuk menjadi kaya. Tentu susah kepada kamu sebagai orang Cina?” “Oh, susah... memang terlalu susah. Awak fikir mudah nak jadi kaya? Terlalu susah. Bukan senang dan jadi jutawan sekelip mata. Anda perlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun. Kami terpaksa buka kedai. Kamu boleh lihat di mana-mana tempat membeli-belah di Malaysia, hampir 100% kedai adalah milik orang Cina, walaupun di tempat seperti Kota Bharu. Orang Melayu tidak perlu buat begini. Kami perlu kerja kuat sepanjang hari termasuk hari Ahad. Kalau ada cuti pun ialah semasa Cuti Tahun Baru Cina. Awak orang Melayu kerja hanya 34 jam seminggu. Kami orang Cina tepaksa bekerja hampir 100 jam setiap minggu, tiga kali ganda masa orang Melayu bekerja. Malahan kami tidak ada masa untuk pergi berbelanja untuk membeli-belah. Itu sebabnya kalau anda pergi ke tempat membeli-belah dan kedai-kedai seperti Giant, hampir semua pelanggan adalah orang Melayu. Mana ada masa untuk kami orang Cina pergi ‘shopping’? Kami terlalu sibuk bekerja.” “Memang saya nampak tu...” “Sebenarnya ada kalanya saya mengharapkan juga kami orang Cina mempunyai satu parti politik semacam UMNO. Setidak-tidaknya kami boleh bertenang dan tidak perlu kerja kuat kerana kami biarkan parti itu menjaga kepentingan kami. MCA dan Gerakan adalah parti yang tidak berguna. Mereka tidak akan membantu orang Cina. Kerana itu kami terpaksa berusaha sendiri. Jika tidak, tidak ada sesiapa yang membantu. “Itu sebabnya awak orang Cina harus ada golongan yang berminda politik macam kami orang Melayu. Saya berani cakap, kalaulah bukan kerana politik, kami orang Melayu tidak akan jadi semacam kamu. Bayangkan kalau saya terpaksa kerja seratus jam seminggu duduk di kedai daripada pagi hingga malam, setiap hari dan setiap minggu tanpa ada cutinya. Aiyaaa.... memang saya tidak boleh bayangkan azabnya.” Malaysia Today by;Raja Petra Kamarudin

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

Sejarah Negeri Wuna

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA