Ular dari Mekkah

Translate this page >

Tadi selepas pulang dari tempat perjumpaan dengan rakan2, singgahlah aku di pasar Sri Tanjung Tawau, dalam pasar aku dengar-dengar orang sembang tentang sebuah kisah pelik

Kotak Ular dari Mekah" alkisah satu pesanan ringkas telah dihantar oleh seorang jemaah haji dari Mekah, "sampaikah sudah kotak ular tu di Tawau" begitulah bunyi pesanan ringkas tersebut.
Cerita punya cerita, kotak ular tu konon adalah manusia yang menjelma jadi ular di Mekah" Subhanallah...

Mungkin sekadar cakap-cakap orang , apatah lagi itu mungkin sekadar kabar angin, dipanjangkan bisik-bisik, konon ular itu bercakap kepada anaknya setelah dihantar dan sampai dirumahnya.

Aku sukar juga terima cakap-cakap orang nie, tapi sebagai hamba Allah yang hina, segala sesuatu yang terjadi dalam alam semesta adalah atas ketentuanNya jua, Tidak ada yang mustahil bagi ALLAH AZAWAJJALA.

Ini pula aku temukan sebuah cerita yang berlaku di salah satu hospital Makkah tahun lalu' 2007. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doctor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab kalau dia mengandungkan anak ular.

Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular.
Subhanallah. Nauzubillah....

Lihatlah gambar yang dirakamkan ini.....


Moral of the story..
Setiap apa pemberian Allah SWT terimalah dengan hati yg terbuka (redha) jangnlah kita terlalu mudah menidakkan pemberiannnya takut nanti dimurkai Allah..sesungguhnya Allah itu lebih Maha Mengetahui



Komentar

Posting Komentar

Berkomentarlah dengan sopan jangan sampai terjerat dengan undang-undang UUITE

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA

Sejarah Negeri Wuna