BAKED MACARONI AND CHEESE
Bahan-Bahan:
- 8 auns macaroni
- 2 cawan keju cheddar - dihiris
- ½ cawan keju Parmesan - diparut
- 3 cawan susu segar
- ¼ cawan mentega
- 2 ½ sudu makan tepung pelbagai guna
- 2 sudu makan mentega
- ½ cawan bread crumbs
- secubit paprika
- secubit lada hitam yang ditumbuk
- 2 sudu makan minyak masak
Cara:
1. Masak macaroni seperti arahan di bungkusan. Campurkan minyak masak semasa
merebus macaroni untuk mengelakkannya melekat. Setelah lembut, tapis macaroni
dan letakkan di dalam bekas casserole/bekas tahan panas.
2. Di dalam periuk lain, cairkan 1/4 cawan mentega dengan api sederhana.
Masukkan tepung pelbagai guna dan kacau.
3. Masukkan susu perlahan-lahan sambil mengacau adunan. Masukkan pula keju
cheddar.
4. Masak di atas api perlahan sehingga keju mencair dan adunan menjadi agak
pekat.
5. Tuangkan adunan ke atas macaroni dan kacau sehingga sebati.
6. Setelah itu, cairkan 2 sudu mentega di atas api sederhana dan kemudian
masukkan bread crumbs. Kacau sehingga bread crumbs keemasan.
7. Tuangkan bread crumbs yang telah digoreng ini ke atas macaroni. Taburkan keju
parmesan, paprika dan serbuk lada hitam.
8. Akhir sekali, bakar selama 15-30 minit atau sehingga keju kekuningan dengan
kepanasan 175 darjah Celcius. Sedia untuk dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Resepi ini merupakan hidangan sampingan tetapi boleh juga dimakan sebagai
hidangan utama. Jika tuan/puan ingin menjadikannya hidangan sampingan, ia tidak
perlu dibakar dan ketika menghidang, taburkan keju parmesan, paprika dan lada
hitam. Jika ingin dijadikan hidangan utama, boleh dihidangkan bersama coleslaw/
garden salad dan kentang goreng
CATEGORIES
Komentar
Posting Komentar
Berkomentarlah dengan sopan jangan sampai terjerat dengan undang-undang UUITE