Euro Bawa Tuah
Persembahan Euro kali ini juga menjadi mantera keramat meredakan pelbagai gejolak'baik gejolak jiwa ,gejolak rindu dan bahkan gejolak nafsu' maupun gejolak dunia yang melanda akhir-akhir ini.
Kehadiran Piala Euro telah mengalihkan perhatian penghuni dunia untuk melupakan sejenak masaalah mereka,yang berhutang lupa hutang sementara....,jika bukan kerana euro ini,sudah di pastikan unjuk rasa besar-besaran akan berlaku di seluruh dunia akibat kenaikan harga minyak beserta kebijakan-kebijakan yang penuh kontroversi yang dialami oleh sebahagian besar negara di dunia.
Bagaimana dengan Malaysia?? "Penganjur-penganjur demo yang semula menggebu juga kekurangan zat untuk turun padang sebab semalam bersengkang mata depan TV' Waktu ini perhatian masyarakat dunia tertuju pada euro walaupun mengeluh dengan pelbagai karenah birokrasi,
Tapi berita ini juga menjadi perhatian;
Ahli parlimen BN Sabah akan melompat parti jika kerajaan tidak berlaku adil kepada rakyat negeri itu, kata Datuk Anifah Aman. Ahli parlimen BN Kimanis menambah, jika kerajaan tidak memberi respons terhadap kehendak dan permintaan rakyat, mereka tidak teragak-agak akan meninggalkan kerajaan yang diketuai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Jelas mendapat secebis tuah seperti juga halnya negara lain ketika ini,Demo yang di war-warkan beberapa pihak kurang mendapat sambutan dan ada beberapa kempen untuk membantah kenaikan harga minyak tidak menjadi"sunyi",Jika ada demo pun tidak akan menjadi tumpuan media' Kerana pemberita semua tertuju pada euro 2008 ini
' Euro punya pasal laahh ,,hebat bah semalam!!!
Komentar
Posting Komentar
Berkomentarlah dengan sopan jangan sampai terjerat dengan undang-undang UUITE