1st Tawau Blog Gathering
Ramah mesra sesama blogger Tawau.
Tawau merupakan nama sebuah bahagian dan juga bandar di Sabah.Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Abaikan dahulu bandar-bandar besar itu'juga lupakan sementara funfair yang sedang show malam ni di Bandar Tawau. Tetapi kita memikirkan sebuah acara buat julung kalinya diadakan yang bakal digelar dengan nama "1st Tawau Blog Gathering" Ketika ini bloger-bloger Tawau yang telah tahu berita ni'tidur tak lena,makan tak lalu"(aku saja cakap) memikirkan hari kemuncak pada 28 Jun ini. Sebelumnya suka-suka ada post di tecnorati ini tentang perkara itu. Tidak disangka-sangka angan itu di realisasikan oleh MAYA-PUADEDE juga mencabar ajakan BUDI-BUDIHERMAWAN supaya diadakan acara ramah mesra sesama blogger Tawau. Isu ni menjadi hangat di PUADEDE jadinya, maka keluarlah mereka-mereka dari sarangnya seperti
Angriani
Cintagila
Friendly81
Maya
Budi
Csankai
Alwis (sekampung aku)
Keluarnya mereka-mereka ini dari sarang yang selama ini syok dalam dunia blog sendirian,membuka tirai baru warna blogging Tawau" di lihat dari pandangan dan sudut komen laman puadede'rasanya mereka ini satu hati,satu azam untuk menghidupkan suasana blog di Tawau. SYABAS dan TAHNIAH'."esok-esok siap panggang ayam dekat highway"
Tiada siapa boleh mempertikai acara suaikenal dan ramah mesra sesama blogger tersebut,kerana tetamu kehormat di datangkan khas dari Kuala Lumpur "Mr.Budi Hermawan" tambahan pula di adakan di salah satu tapak yang menghidangkan makanan segar bagai dipesisir pantai Miami, yaitu di BA Zhong (markas Csankai date ???) pun suaikenal ini terbuka kepada mana-mana blogger yang pada hari dan tarikh yang sama tersebut berada di Tawau serta telah mendaftarkan blognya. Nampak gayanya PUADEDE telah mengambil inisitif untuk memberikan cendera kenangan kepada blogger-blogger tawau pada majlis tersebut, serta penghulu WUNABARAKATI akan menyediakan broadband untuk memudahkan capaian internet pada ketika itu'so gathering sambil berkongsi maklumat dan pengetahuan..BESTTT FUIIOOH....
Ikutkan hati saya memang mahu makan sedap-sedap time tu,mau tembak secara live blogger-blogger ni'tapi mereka tunjuk Alwis (sekampung dengan aku) menjadi penghulu ,punggawa untuk 1st Tawau Blog Gathering ni' jadi tidak aku berani buat.
Kepada blogger-blogger yang hari dan masa itu berada di Tawau,sila daftarkan Blog di borang bawah laman ini..."YANG PERTAMA CUMA SEKALI "ISTRI PERTAMA BAHGIA,'EH YANG PERTAMA BAWA BAHGIA.
Menarik untuk dicuba Blog menggunakan microsoft office 2007
Biarkan Cursor Sejenak Untuk Melihat Description Setiap Tajuk
Komentar
Posting Komentar
Berkomentarlah dengan sopan jangan sampai terjerat dengan undang-undang UUITE