Masalah Tidur

Masalah tidur Inspirasi dari rawatankesihatan.blogspot.com
Merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu sukar untuk tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa merasa mengantuk walaupun tidur selama 8 jam atau lebih, sering terjaga terlalu awal, sering tersenguk-senguk walaupun dikhayalak ramai, dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini akan menyebabkan kita berhadapan dengan keadaan yang berikut :
1. Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.
2. Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.
3. Sering tertidur ketika berada dikhayalak ramai.
4. Kurang aktif dan kurang mempunyai hubungan sosial.
5. Sukar untuk menumpukan kepada isu yang dibincangkan dan fikiran sering merawang kepada pekara lain.
6. Sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut,pening, dan lain-lain.
7. Sukar tidur, sering terjaga malam, atau terjaga terlalu awal.
8. Takut waktu tidur kerana risau susah tidur.
9. Mudah tersinggung.
10. Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
11. Sering menggunakan rokok, alkohol, ubat untuk menenangkan diri sebelum tidur.
12. Ketagihan kepada ubat penenang.

Keluar dari jasad - Terbang ketika tidur
 Photo Kredit( http://rawatankesihatan.blogspot.com)

Beberapa jenis masalah tidur yang biasa didapati adalah seperti berikut : 1. Insomnia
2. Berdengkur dan Apnea
3. Narcolepsy
4. Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
5. Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))
Akibat kurang tidur
Walaupun selama ini masalah tidur tidak dianggap sebagai masalah yang besar, kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa masalah tidur boleh membawa kepada masalah jantung.Dalam satu kajian dan diterbitkan dalam journal "Occupational and Environmental Medicine" terdapat bukti bahawa risiko mengalami serangan jantung berganda bagi mereka yang bekerja lebih daripada 60 jam seminggu dan tidak tidur seperti normal.Kajian itu membabitkan 260 lelaki berusia antara 40 - 79 tahun yang dimasukkan kedalam hospital disebabkan serangan jantung kali pertama.Kajian tersebut. turut membabitkan kumpulan kawalan seramai 445 orang seusia tanpa penyakit jantung.Oleh itu adalah penting bagi anda untuk menjaga tidur anda. Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi setiap malam. Sekiranya anda mengalami masalah tidur yang berpanjangan, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan. Sila ikuti link link dibawah ini untuk maklumat terperinci serta kaedah rawatan masalah tidur ini...

PESANAN AKU

jangan tido siang"ehheh,,mcam dokter pula aku ni"rujuklah pada yang bertauliah
senaman waktu petang
makan malam pukul 6 atau tujuh... (kalo lewat sgt buat sengkak nak tido) minum teh panas kosong atau susu panas sebelum tido
elak kafein
elak smoking sebelum tido
selawat2 sikit... insyaaallah lena ler tuuu
bila waktu tidur tak tetap.maka jadual hidup yang lain pun akan tunggng langgang haru biru jadinya.camner yerk...kadangkala....sesaja jerk tido ....konon-konon boleh lupakan seketika masalah .....bila bangun rasa lapang sikit..atau dapat ilham macam mana nak settle kan masalah... sebab...kalau makan ubat...ada kesan lain...samada pada otak atau tubuh badan atau jiwa.'satu cara lain yang baru saya amalkan ialah dengar radio pada handset....sehingga terlelap...sekurangnya...meresap juga serba sedikit...ilmu,zikir selawat.....

Komentar

  1. info yang menarikdan bermutu sesuai dengan blognya yang menarik...

    BalasHapus

Posting Komentar

Berkomentarlah dengan sopan jangan sampai terjerat dengan undang-undang UUITE

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA

Sejarah Negeri Wuna