Adat Resam

Hari ini saya menuturkan apa yang telah saya alami pada hari semalam yang telah berlalu,sekitar jam 10 pagi saya di hubungi seseorang dan menyatakan hasrat untuk berziarah kerumah,saya gembira sebab beliau adalah kawan lama dari ayah angkat saya,kedatangan beliau di rumah dalam susana idil adha memang menggembirakan dan penuh kesyukuran,selepas berbual mesra dia mula membuka pokok pangkal maksud kedatangannya menemui saya. Beliau bertanya tentang Adat Resam bangsa Muna@Buton dimana sejarahnya dalam post saya disini. Melayu itu memang unik, ada yang lebih dulu menginjakkan kaki di muka bumi tapi malah tidak mengenal adat resam sendiri mungkinkah ini buta budaya,buta budaya bermaksud keterasingan dari adat buday kaum sendiri. Kemunculan media elektronik khususnya menjauhkan masyarakat dari budaya besar adat resamnya . Masyarakat misalnya tidak lagi mengenali tingkahlaku rutin adat resamnya. Atau mereka tidak memahami atau tidak berusaha memahami seni persembahan adat tradisional kaumnya. Buta adat budaya langsung menghasilkan fragmentasi yang memisahkan individu dari masyarakat kerana kurangnya hubungan dua hala (hubungan yang dikemukakan oleh media adalah hubungan sehala dan jika adapun dua hala adalah hubungan tanpa jiwa yang tidak real... Berlanjut cerita,anak sulung beliau yang sebaya dengan saya sudah menemukan calon untuk menjadi pasangan hidupnya,dan sebagai ayah, Beliau pada hari itu akan menghantar rombongan meminang dan wang hantaran sekali kepada pihak perempuan. Beliau bertanya dengan saya"BAGAIMANA ADAT KAUM KITA"termasuk saya maksudnya sebagai bangsa berdarah Muna@Buton/Bathnyi.Beliau tahu bahawa saya banyak menggeluti dunia masyarakat dengan amalan resam masing masing,saya berikan satu perkataan"bahawa sebenarnya adat bukan dari pelajran,bukan di gurukan,bukan dituntut ilmunya..tapi adata adalah resam unik,melalui penglihatan,amalan,dan permuafakatan sebuah kumpulan masyarakat.itulah adat kita,Dan yang menjadi ketua adat adalah memahami selok belok pelbagai resam dan tatalaksana sebuah kumpulan, Selanjutnya beliau memberitahu bahawa,wang hantaran adalah RM 9.999.99 dan telah disetujui oleh pehak perempaun tinggal di hantar.perkataan TINGGAL HANTAR,membawa maksud bawa dulang,salam,letak dan kira wang,makan balik,,ahh macam tu laa kiranya pada fikiran beliau.Alasan beliau macam yang selalu dinampak dekat siaran TV,pernikahan artis artis serta dibaca di majalah perkahwinan" selanjutnya saya bertanya satu soalan pada beliau'ADAKAH PESAN AYAH DAN IBU YANG PALING BERHARGA TENTANG NILAI JATI DIRI DALAM MASYARAKAT KITA,beliau menjawab..ya PERGILAH ENGKAU KEMANA SAHAJA DIMUKA BUMI INI,namun JANGAN TINGGALKAN ADAT RESAM BANGSAMU, adat itu bukan untuk menyusahkan,bukan menghalangi dalam kebaikan,bukan untuk menujuk nunjuk,dan tidak boleh kita lenyapkan dengan perkataan kuno,atau ketinggalan zaman,perkara yang kurafat tidak boleh didakwa sebagai adat,tetapi hanya amalan yang tumbuh dalam masyarakat mengikut kepercayaan. adat adalah susila,tata laksana sebuah upacara,tingkahlaku rutin,sedangkan yang kuno dan kurafat adalah keyakinan,cara yang bertentangan dari adat yang sebenarnya.Dalam hubungan dengan beberapa Ketua adat dibeberapa wilayah yang saya kunjungi,banyak tatalaksana yang rahsia dan jarang diketahui oleh beberapa pihak sehingga melayakkan dirinya menjadi ketua adat.dan pelaksanaan adat bukan sesuatu yang harus dilupakan dengan mudah hanya kerana wang dah menguasai.Jika difikirka lebih dalam sebenanrya nilai wang berguni dan bergudang gudang tidak ada makna sama sekali dengan nilai adat suatu kaum (dalam pemahaman moral) saya mengutip ungkapan seorang ketua adat yang saya temui dalam bahasa kaum tersendiri dengan makna berikut" Binasalah Badan Asal jangan Binasa Bangsa/Negara, 'Binasalah Bangsa asal Jangan Binasa Adat, 'Binasalah Adat asal Jangan Binasa Agama...tapi pada hakikatnya perkembangan arus zaman yang modern dan budaya asing telah mengubah pemahaman makna adat pada beberapa orang,dan ada diantara kita yang tidak memahami adat resamnya'tetapi menyerahkan urusan adat pada penghulu adatnya,,jika ini berlaku pada sebuah keluarga, ada pihak risau akan lahir generasi yang mengikut ikut adat kaum lain tanpa mengetahui silsilah dan resamnya.sehingga keluar istilah Masuk kandang kambing mengembik,masuk kandang rimau mengaum,dan tentu dapat diramalkan akan wujudnya suatu keruntuhan moral pada generasi selanjutnya"HILANGNYA JATI DIRI SEORANG AHLI KAUM BERADAT ADALAH APABILA BERTANYA TENTANG BAGAIMANA ADAT RESAM DIRINYA PADA KAUM LAIN,OLEH ITU BERTANYALAH PADA AYAH,BONDA DAN KAUM TUA DALAM KELUARGA''bak kata GALILAH"HARGAILAH ADAT ADAT RESAM KITA,KERANA HIDUP BERADAT MEMBAWA KEHARMONIAN DAN PENGHARGAAN IKHLAS INSTITUSI KELUARGA KELAK,TANPA MENGAGUNGKAN NILAI KEBENDAAN....dan sekitar jam 5 petang, atas permintaan beliau, dengan perimbangan pelbagai aspek luar dan dalam saya memikul tugas menjadi penghulu rombongan peminangan bagi anak beliau, menghadap wakil pihak perempuan, setelah bertanya asal usul dan memahamkan adat resam masing masing suku kaum, pertimbangan berat dan ringanya hantaran, pembahagian mengikut tingkahlaku rutin adat masing masing,dalam suasan hikmah.kami mencapai kesepakatan dan pasangan tersebut akan menikah di Mesjid pilihan bersama pada tarikh yang telah ditetapkan April 2008,memang pengalaman yang unik lagi bagi saya...inilah pertembungan adat dan budaya yang unik...namun tidak menjadi sesuatu yang ketinggalan zaman,malah memberikan rasa hormat dan penghargaan yang mendalam pada kedua belah pehak.hingga pada akhir salam,,salah seorang keluarga pihak perempuan meluahkan perkataan...wang bukan segalanya,dan wang tidak boleh mendapat penghargaan mendalam dalam adat'walau hantaran berjuta ringgit'dan saya difahamkan bahawa dia berkelulusan luar negara.hmmm"gumam saya ketika sampai dirumah "bertuahlan keluarga pihak perempuan itu,walau dalam era modern dan kelulusan tinggi memahami resam dan melestarikanya..."saya semakin merasa kerdil dengan ilmu yang sedikit.counter
Orang Pelawat
Pada Halaman ini

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

Sejarah Negeri Wuna

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA