Awas Kad Kredit Anda

AIRLINE RUGI DARI TRANSAKSI ONLINE?
RM5j terbang
Oleh Ahmad Nazri Mohamad & Fuad Hadinata Yaacob
Mangsa penipuan kad kredit palsu:Kes Juruwang salin data
KUALA LUMPUR:
Pencurian Kartu Kredit

Syarikat penerbangan di negara ini menduduki carta teratas mangsa penipuan kad kredit melalui transaksi online apabila mencatatkan kerugian dianggarkan lebih RM5 juta sepanjang tahun lalu.Bagi satu jenama kad kredit saja, sebuah syarikat penerbangan negara mengalami kerugian lebih RM1.5 juta sepanjang tahun lalu hasil kegiatan tempahan penerbangan melalui internet menggunakan akaun kad kredit yang dicuri.

Menurut sumber industri, sektor lain yang turut menjadi mangsa tempahan online menggunakan akaun kad kredit dicuri ialah penginapan hotel, pakej pelancongan, pembelian komputer dan peralatan elektrik di dalam dan luar negara, dengan kerugian yang sukar dinilai. Katanya, tempahan penerbangan menjadi sasaran utama penipuan kad kredit kerana transaksi yang dikenali sebagai ‘kad tidak ditunjukkan’ (CNP) itu melalui proses yang mudah dengan prosedur keselamatan agak longgar.“Perkhidmatan penerbangan awam dikatakan mengalami kerugian paling besar kerana tempahan itu bukan saja membabitkan kegiatan sindiket, malah turut dilakukan orang perseorangan,” katanya.Sumber itu berkata, kegiatan mencuri data kad kredit untuk tempahan online semakin berleluasa lantaran tahap kesedaran pemilik kad kredit yang rendah selain terlalu cuai menjaga keselamatan kad masing-masing. Ditanya mengenai kegiatan kecurian data kad kredit untuk tempahan online, Ketua Unit Kad Kredit, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Superintendan Roslee Chik, mengakui pihaknya sedang berusaha menangani masalah itu. Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan nilai kerugian perkhidmatan penerbangan awam negara akibat penipuan tempahan online bagi mengelakkan gangguan siasatan dan menjejaskan sektor berkenaan.“Memang berlaku kerugian akibat penggunaan akaun kad kredit milik orang lain untuk tempahan online, tetapi bukan sektor perkhidmatan penerbangan saja. Perkhidmatan dan penyedia barangan lain pun ada banyak kes penipuan.“Polis dengan kerjasama semua pihak termasuk penyedia perkhidmatan kad kredit dan debit seperti Visa dan Mastercard, bank selaku penerbit kad kredit dan syarikat swasta yang menawarkan produk atau perkhidmatan melalui tempahan online, berusaha menangani masalah ini,” katanya kepada Metro Ahad. Menurutnya, kegiatan mencuri data dan pemalsuan kad kredit adalah jenayah tanpa sempadan dan dilakukan sindiket yang mempunyai rangkaian antarabangsa yang saling berhubung menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Selain sindiket, katanya, penipuan kad kredit bagi tempahan online turut dilakukan secara individu terutama dari kalangan rakyat Malaysia yang celik teknologi termasuk pelajar institusi pengajian tinggi. Beliau berkata, kebanyakan kes menggunakan akaun curi, tempahan secara online dilakukan di kafe siber.Menurutnya, polis pernah menangkap seorang guru bahasa Inggeris wanita sekolah rendah berasal dari Kota Kinabalu, Sabah kerana disyaki menggunakan data kad kredit orang lain untuk berulang alik ke Kuala Lumpur sejak setahun lalu.Menurutnya, wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu ditangkap ketika tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ogos lalu. “Hasil siasatan, kami mendapati wanita itu mempunyai beberapa buku yang mencatatkan beratus-ratus nombor kad kredit dan nombor CVV (nombor tiga digit pengesahan nilai kad) milik orang lain.“Kami mengesyaki nombor itu diperolehi daripada adiknya yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di Sabah,” katanya.Katanya, kes guru wanita itu dalam proses pendakwaan mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu yang mana sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara mandatori antara setahun hingga 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebatan.Wanita itu juga boleh didakwa mengikut Seksyen 403 kanun sama kerana menyalahgunakan harta orang lain yang boleh membawa hukuman penjara mandatori enam bulan sehingga lima tahun, atau dengan denda, atau dengan sebatan.Roslee berkata, kebanyakan kes kecurian data kad kredit membabitkan penjualan nombor kad bersama CVV kepada sindiket atau pihak pengguna data curi itu oleh juruwang baik di pusat hiburan, restoran, pusat tumpuan pelancong hingga ke pasar raya.Katanya, ada juruwang bersubahat dengan sindiket pemalsuan kad kredit dengan mendapat upah RM2bagi setiap slip jualan yang mencatatkan nama, tarikh tamat tempoh kad kredit selain catatan tambahan nombor CVV manakala di pusat hiburan upah juruwang boleh mencapai RM50 setiap akaun.Kecanggihan teknologi sindiket pemalsuan kad kredit yang membekalkan juruwang dengan alat pengimbas data yang canggih dan lebih kecil dari saiz kotak rokok 20 batang untuk meleretkan kad kredit mangsa.Menurutnya, data akaun kad kredit yang dicuri itu akan dihantar kepada sindiket melalui pelbagai cara seperti e-mel dan SMS dan maklumat itu akan digunakan untuk mengklonkan kad kredit atau membuat tempahan online.Menurutnya, kad kredit luar negara lebih mudah dipalsukan kerana kad plastik itu hanya mempunyai jalur magnetik, tidak menggunakan ciri simpanan dan keselamatan data dalam cip seperti yang dilaksanakan di Malaysia sejak 2005. Roslee berkata, kegiatan pemalsuan dan kecurian kad kredit boleh dibendung sekiranya pengguna sendiri lebih berhati-hati ketika menggunakan kemudahan kredit itu ketika membuat sebarang pembayaran.Katanya, pemilik kad tidak sepatutnya meninggalkan kad kredit di mana-mana kaunter ketika membuat pembayaran tanpa sebarang pengawasan kerana ia membuka peluang penyalinan data akaun.Beliau berkata, pihak industri juga perlu memperketatkan prosedur tempahan online dengan menguatkuasakan teknologi 3D iaitu pengesahan hak milik kad kredit dengan bertanyakan lima soalan yang jawapannya hanya diketahui pemiliknya.“Paling penting bagi menangani pemalsuan dan kecurian kad kredit ialah tanggungjawab pemiliknya sendiri lebih berhati-hati dan memastikan data kad itu tidak disalin oleh mana-mana pihak yang tidak sepatutnya.” katanya.
Mangsa penipuan kad kredit palsu: Online sasaran mudah
KUALA LUMPUR:
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengakui pihaknya turut menjadi sasaran golongan tidak bertanggungjawab yang membuat tempahan tiket melalui online menggunakan akaun kad kredit curi.Sejak penubuhan syarikat itu hampir enam tahun lalu, banyak kes penipuan kad kredit dikesan syarikat terbabit yang baru menerima anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik 2007.Pegawai Perhubungan Media syarikat berkenaan, Janet Leow, berkata kebanyakan kes penipuan kad kredit dikesan apabila data tidak diterima ketika seseorang itu membuat tempahan tiket melalui online. Begitupun, katanya, penggunaan sistem terkini dan canggih termasuk perhubungan terus dengan pihak bank berjaya menangani masalah itu daripada terus berleluasa. “Sejak ditubuhkan, memang ada kes penipuan kad kredit ini apatah lagi kebanyakan tempahan tiket syarikat kami dibuat secara online.“Begitupun, syarikat sentiasa berhati-hati dan tahu mengenai risiko yang bakal menanti apabila memperkenalkan tempahan melalui internet ini.“Justeru, kami sudah buat persediaan awal termasuk mengadakan kerjasama dengan bank selain menggunakan sistem yang mudah, cepat dan canggih untuk mengesan sebarang penyalahgunaan atau pemalsuan kad kredit,” katanya. Menurutnya, melalui sistem yang digunakan, sebarang tempahan melalui online yang diragui atau menghadapi masalah akan ditolak sekali gus maklumat mengenainya disalurkan terus kepada bank untuk tindakan.Janet berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan pantas apabila wujud sebarang masalah terutama membabitkan kes penipuan.Sementara itu, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut menerima aduan daripada orang ramai mengenai kad kredit mereka yang menjadi mangsa klon selain kes kecurian identiti pemilik kad.Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata masalah itu berpunca daripada mudahnya seseorang itu untuk mendapatkan maklumat pemilik kad ketika proses urus niaga dilakukan. “Ada yang datang membuat aduan di sini memberitahu, dalam sehari, beberapa kali kad kreditnya digunakan untuk mengisi minyak sedangkan itu tidak berlaku dan ada juga terkejut apabila melihat banyak transaksi berlaku menggunakan kad kredit tanpa pengetahuan pemiliknya,” 

katanya.Menurutnya, dalam situasi tempahan melalui online hari ini, maklumat pemilik kad kredit yang diperlukan seperti nombor kad serta tarikh luput, mudah dilihat dan diperoleh.Keadaan itu, katanya, membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri identiti sekali gus menggunakannya untuk tujuan tidak berfaedah.“Hari ini, mudah untuk orang lain melihat identiti kita misalnya apabila ke pasar raya, salinan resit kad kredit mengandungi maklumat tertentu dan ia sebenarnya boleh disalahgunakan,” katanya.Sehubungan itu, Mohd Yusof meminta syarikat atau bank yang mengeluarkan kad kredit supaya mewujudkan ciri keselamatan seperti mengadakan ‘kata kunci’ untuk setiap pemegang kad bagi mengelak ramai jadi mangsa penipuan sindiket pemalsuan kad kredit.“Satu ketika dulu, jika kita hendak menggunakan kad kredit dalam jumlah tinggi, bank akan menelefon dan mereka akan mendapatkan maklumat seperti nama ibu. Sepatutnya, cara ini diteruskan bagi mengelak ramai jadi mangsa lagi,” katanya.Di samping itu, beliau turut menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati ketika berurusniaga menggunakan kad kredit selain bertindak pantas apabila mendapati ada yang tidak kena berlaku.
Mangsa penipuan kad kredit palsu: Tawaran along langsai hutang 

KUALA LUMPUR:
Sindiket pemalsuan sanggup memaksa orang yang tidak mampu membayar hutang ceti haram atau along, membeli pelbagai barangan berharga di luar negara menggunakan beberapa kad kredit palsu sebagai bayaran balik pinjaman.Ketua Unit Kad Kredit Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, 


Superintendan Roslee Chik, berkata pihaknya mengesan beberapa kes membabitkan tangkapan ke atas pengguna kad kredit palsu yang sebenarnya menjadi alat sindiket yang bekerjasama dengan along.Katanya, orang yang tidak mampu membayar hutang along itu ditawarkan menyelesaikan pinjamannya dengan pakej pelancongan ke luar negara sambil membeli belah secara berkumpulan membabitkan hingga seramai lima orang berhutang.Katanya, mangsa diarahkan untuk melancong di beberapa negara dan membiayai tiket perjalanan pergi balik, penginapan dan semua perbelanjaan lain menggunakan beberapa kad kredit palsu yang dibekalkan.Menurutnya, mangsa hanya perlu membeli beberapa barangan berharga seperti emas, permata, perhiasan, barangan kulit dan elektronik bernilai 10 kali ganda daripada nilai hutang along dan diserahkan kepada sindiket berkenaan ketika kembali ke negara ini.Bagaimanapun, katanya, mangsa akan menanggung sendiri risiko ditangkap pihak berkuasa jika dikesan menggunakan kad kredit palsu itu. Beliau berkata, kes tangkapan lima rakyat Malaysia berusia 23 hingga 30 tahun di Hanoi, Vietnam pada Disember lalu dipercayai bagi menyelesaikan hutang along. Kumpulan lelaki itu membelanjakan kira-kira RM130,000 menggunakan kad kredit palsu untuk membeli pakaian, barangan kulit serta peralatan elektronik di beberapa pasar raya di sekitar bandar raya itu.“Kita menasihatkan supaya sesiapa saja yang terjebak dengan hutang along supaya menjauhi tawaran penyelesaian daripada sindiket pemalsuan kad kredit.“Dalam kes sedemikian, peminjam along yang menjadi mangsa apabila ditangkap pihak berkuasa asing, sedangkan sindiket itu terlepas daripada hukuman,” katanya.Orang ramai boleh menghubungi Asisten Superintendan (ASP) Maizam Othman, ASP Wazir dan ASP Nasmizarizal di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial melalui talian 03-26163822/3816 jika ditawarkan kad kredit palsu oleh mana-mana pihak.
Antara kes kad kredit palsu 

2 Januari 2008
GEORGETOWN:
Polis menumpaskan satu sindiket pemalsuan kad kredit untuk pasaran antarabangsa, khususnya Eropah bernilai kira-kira RM9 juta dengan penahanan enam lelaki rakyat tempatan di Pulau Pinang dan Perak. Sebanyak 900 kad kredit palsu yang mempunyai kredit sebanyak RM10,000 setiap satu; wang tunai RM12,000 dan 80,000 dolar Hong Kong, peralatan memproses kad dan telefon bimbit milik ahli sindiket, dirampas.Beberapa jam dan dompet berjenama serta komputer riba, yang dipercayai dibeli menggunakan kad palsu itu turut dirampas dalam operasi yang membabitkan polis kontinjen Pulau Pinang, Perak dan ibu pejabat Bukit Aman. 


22 Disember 2007
KUALA LUMPUR:
Lima rakyat Malaysia berusia 23 hingga 30 tahun ditahan di Hanoi, Vietnam kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pemalsuan kad kredit di negara itu.Sumber berkata, kelima-lima lelaki berkenaan membelanjakan kira-kira RM130,000 menggunakan kad kredit palsu untuk membeli pakaian, barangan kulit serta peralatan elektronik di beberapa pasar raya di sekitar bandar raya berkenaan.Siasatan polis mendapati suspek memiliki 22 kad kredit palsu dan mereka dipercayai menggunakan nama serta nombor kad kredit curi. 


8 Disember 2007
KUALA LUMPUR:
Tiga lelaki rakyat Malaysia ditahan di Kathmandu, Nepal, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemalsuan kad kredit.Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Operasi/Risikan) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Tajuddin Md Isa, Malaysia bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal dalam siasatan berkenaan. 


11 Disember 2007
KUALA LUMPUR:
Mungkin kerana pendapatan menjual burger tidak seberapa, seorang peniaga kaki lima mengambil keputusan bertukar profesion dengan menganggotai sindiket memalsukan kad kredit antarabangsa sebelum kegiatannya ditumpaskan polis India.Dalam kejadian minggu lalu, suspek warga Malaysia terbabit, Tseng Tak Weik, 37, diberkas pihak berkuasa negara berkenaan ketika sedang berfoya-foya sambil membeli-belah barang berjenama terkenal menggunakan kad kredit palsu.Difahamkan, suspek sebelum ini pernah berniaga burger di Jinjang di sini, sebelum mengambil keputusan ‘menutup kedai’ untuk menyertai sindiket mengklon kad kredit yang aktif melakukan penipuan di luar negara. 


13 November 2007
KUALA LUMPUR:
Lagak tidak ubah pelancong kaya namun sepasang kekasih warga Malaysia diberkas polis Bahrain selepas didapati berbelanja boros dengan menggunakan 30 keping kad kredit palsu.Pasangan terbabit didakwa tidak hanya membeli pakaian berjenama menggunakan kad kredit palsu, malah turut berfoya-foya dengan membeli pelbagai jenis alat elektronik dan cincin berlian menggunakan kad klon terbabit.Suspek turut dikesan melakukan penipuan dengan mencuri maklumat dan identiti sebenar pemilik kad kredit tulen sebelum dipindahkan ke dalam kad klon.
25 Oktober 2007
KUALA LUMPUR: 


Gara-gara ‘bankrap’ ketika berjudi di sebuah kasino di United Kingdom, seorang wanita rakyat Malaysia diberkas polis selepas dikesan menggunakan kad kredit palsu untuk membayar hutang judi berkenaan.Akhbar ‘The Herald’ dipetik berkata, wanita berusia 42 tahun itu dikatakan terlebih dulu meminjam wang dari seorang lelaki yang ditemuinya di kasino berkenaan untuk bermain judi.Bagaimanapun, wanita terbabit yang kalah dalam pertaruhan dipaksa membayar semua hutangnya itu dengan cara menggunakan kad kredit klon bagi membeli pelbagai barang berharga yang ditetapkan lelaki terbabit.
Sumber:harian metro





Komentar

  1. Kok isa sampai ketipu? Apakah sebelumnya tidak melakukan evaluasi atau...paling minim melakukan pencegahan/membentengi diri dari unsur2 penipuan. Seperti kita ketahui, dewasa ini penipuan mulai marak. Tak memandang apakah itu menimpa korporasi-korporasi gede ataupun personality.

    BalasHapus
  2. ;) thanks 4 da info. keep on up 2 date..

    BalasHapus

Posting Komentar

Berkomentarlah dengan sopan jangan sampai terjerat dengan undang-undang UUITE

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA

Sejarah Negeri Wuna