Makluman

Salam sejahtera Walaupun agak letih, saya terpaksa menulis juga, ini berkaitan dengan mesej di shotbox sebelah kanan ini ,anda boleh baca dibawah.

  • Puteri Ezza Assalamu'alaikum. Saya bagi pihak keluarga adik Kathy dan pihak sekolah, ingin memohon penjelasan daripada pihak Tawau Bloggers tentang:
  • Puteri Ezza Derma yg tlh sekian lama dilancarkn oleh pihak TBU & m'gunakan akaun persendirian ahli, ttp wang derma itu didakwa tdk sampai/diterima oleh adik Kathy
    Details
    2009-03-16 9:16 AM
    #
  • Puteri Ezza Jika wang derma tersebut telah disalurkan, mohon nyatakan penerimanya. Jika belum, nyatakan sebab musababnya. Terima kasih.
    Details
    2009-03-16 9:19 AM
    #
  • Puteri Ezza Penjelasan perlu dibuat secara terbuka oleh pihak TBU dalam tempoh 48 jam di dalam web rasmi, sebelum tindakan selanjutnya diambil.
    Details
    2009-03-16 9:19 AM
    #
Dari Gue untuk Puteri Ezza waalakumsalamwarmatullahi wa barakatuh

Wang derma bagi adik Kathy yang pernah kita publish disini belum di salurkan kepada mana-mana pehak, wang tersebut masih berada dalam akaun simpanan Bendahari Tawau Bloggers Unity

Pihak TBU sebelumnya telah menghubungi Hospital Tawau namun difahamkan pesakit telah di rujuk ke Hospital Kunak, melalui PRO-TBU kami juga telah menghubungi seorang rakan yang bertugas di Hospital Kunak, namun jawapan yang di terima adalah ,adik Kathy telah dihantar pulang kerumahnya.

Kita telah buat cadangan untuk melawat ke sekolah tempat adik Kathy belajar dengan menyerahkan langsung wang derma tersebut,masa itu pula kena cuti sekolahhh... Apa daya, ahli-ahli TBU sibuk memanjang ketika itu, ada yang SPM, Perhubungan Awam (PRO) pula sibuk dengan projek design web, yang pensyarah juga kena hantar pergi kursus ke Kuala Lumpur,Editor juga mengurus tapak memandunya,timbalan pula bersengkang dengan kerja programmer kapaknya' sementara saya ada urusan perniagaan di Luar Negara."memang orang kata ' masing-masing sibuk urus hidup awal tahun tu.

Namun sebelumnya, dalam mesyuarat jawatan kuasa TBU akhir disember, kita telah sepakat untuk menyerahkan wang derma tersebut langsung kepada Adik Kathy sendiri yang akan dijemput sebagai tetamu khas dalam majlis 2ndTawau Bloggers Gathering 2009.

Fakta kes untuk mengarahkan TBU ("Penjelasan perlu dibuat secara terbuka oleh pihak TBU dalam tempoh 48 jam di dalam web rasmi, sebelum tindakan selanjutnya diambil).
Adalah "tidak perlu rasanya" sebab saya sudah menjelaskan perkara tersebut disini.

Sekiranya Puteri Ezza ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Perhubungan TBU (puadede.com), Jika ikhlas membantu, serahkan nombor telefon Adik Kathy/Orang Tua atau berikan nombor Akaun Bank Adik Kathy/OrangTua kepada Pegawai Perhubungan TBU (dapatkan nombor untuk dihubungi disini),untuk memudahkan pihak TBU menyalurkan wang derma tersebut dalam masa terdekat ini.
Jika menghadapi kesukaran hubungi saya pada masa ini di nombor: +6281241384661 kerana saat ini saya berada di Malang,Jawa Timur - Indonesia.

Arahan telah dikeluarkan"Wang Derma Tersebut Harus Diserahkan Langsung Kepada Adik Kathy atau Orang Tuanya tanpa melibatkan wakil(pihak luar)

Ikhlas
Alwis Siraht
Pengerusi Tawau Bloggers Unity


Rujuk disini senarai penderma dan jumlah derma yang telah dihebahkan

Komentar

  1. Terima kasih atas komen anda. Saya akan pastikan komen ini dibaca oleh pihak sekolah, PIBG dan pihak keluarga adik Kathy sendiri.

    Untuk makluman, arahan menyiarkan maklum balas di dalam web TBU dalam tempoh 48 jam bukanlah atas permintaan peribadi saya, tetapi beberapa pihak penting yang mahu memastikan ketelusan pihak TBU dalam perkara ini.

    Rasanya, jika TBU berada di landasan yang benar dan telah mengikuti prosedur yang sepatutnya dalam pengutipan derma berkenaan, tidak salah jika ia dipaparkan di laman web rasmi TBU. Lainlah jika TBU bimbangkan sesuatu atau ingin menjaga nama baik TBU kan.

    Rasanya, keterlewatan ini tidak patut timbul kerana tujuan asal derma tersebut dikutip (walaupun bukan dengan prosedur yang sepatutnya) adalah untuk membantu membiayai rawatan adik Kathy. Amat menyedihkan apabila pihak keluarga adik Kathy mengetahui tentang usaha pihak TBU mengutip derma tersebut, tetapi setelah beberapa bulan berlalu (dan kini adik Kathy sudah sihat serta kembali ke sekolah) wang derma tersebut tidak sampai-sampai.

    Lokasi sekolah tempat adik Kathy belajar dan rumahnya tidak terletak jauh di hujung dunia. Mudah benar sekolah tersebut dikunjungi.

    Jika benar-benar TBU punya usaha untuk membantu adik Kathy, mengapa tidak hubungi saya sejak dahulu lagi untuk mendapatkan nombor telefon keluarga adik Kathy? Mengapa setelah saya follow-up perkara ini baru TBU terhegeh-hegeh meminta ini: Jika ikhlas membantu, serahkan nombor telefon Adik Kathy/Orang Tua atau berikan nombor Akaun Bank Adik Kathy/OrangTua kepada Pegawai Perhubungan TBU (dapatkan nombor untuk dihubungi disini),untuk memudahkan pihak TBU menyalurkan wang derma tersebut dalam masa terdekat ini.?

    Sedangkan beberapa orang ahli TBU ada menyimpan nombor telefon saya. Di blog saya sendiri juga ada dipaparkan nombor telefon PK Hal Ehwal Murid yang boleh dirujuk berhubung kes Adik Kathy.

    Malah, jika benar punya usaha untuk menyalurkan wang tersebut kepada Adik Kathy, mengapa tidak datang sahaja ke Skim Cocos beramai-ramai?

    Untuk makluman, Adik Kathy bukan lahir dari sebuah keluarga yang senang. Sebahagian besar ahli keluarganya adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Terlalu banyak pihak yang memberikan harapan untuk membantu namun akhirnya senyap begitu sahaja. Dalam keadaan yang tidak lagi sihat sepenuhnya seperti dulu, Adik Kathy dan keluarganya terpaksa menahan kekecewaan kerana diberikan harapan-harapan yang palsu.

    Saya berkata begini bukanlah kerana saya meragui TBU dalam pengurusan kewangan kerana saya tahu Puan Angriani selaku bendahari TBU adalah seorang yang jujur dan amanah.

    Cuma saya kesal apabila perkara ini dilewat-lewatkan sedangkan derma tersebut dikutip sebagai 'derma kilat'. Takkan tunggu tahun depan atau dua tahun lagi atau seribu tahun lagi untuk menyalurkan derma tersebut.

    Jika ada usaha untuk mengutip derma 'secara terbuka' pada masa-masa yang akan datang, sila lihat dahulu pautan di bawah ini dan daftarlah untuk mendapatkan kebenaran daripada JKM:
    http://jkm.selangor.gov.my/soalan_lazim3.htm
    http://jkm.selangor.gov.my/borang_jkm.htm

    Terima kasih.

    BalasHapus
  2. penggawa bersuara sekali lagi... :P

    BalasHapus
  3. Dijelaskan aja wis dengan transparan ...

    Salam

    BalasHapus
  4. menurut pengamatan saya, tawaubloggers dengan sipenanya ini tidak sehaluan apa masalah mereka tapi komunitas ini memang bijaksana menghadapai embel-embel tho yang kayanya gilo pangkat iku

    BalasHapus

Posting Komentar

Berkomentarlah dengan sopan jangan sampai terjerat dengan undang-undang UUITE

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

Sejarah Negeri Wuna

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA