Kutu Sampah

Translate this page >

Macam biasa, kalo hari jumaat tu aku akan keluar dari kesibukan harian, sebagaimna hari ini, aku sempatlah menuju kawasan bandar Tawau' dengar ura-ura Tawau akan jadi bandar bersih dengan kempen 'ANTI KUTU SAMPAH' oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT)

Dari stesen bas awam jauh-jauh aku dah nampak papan tanda berikut'

Amaran tersebut jika disusun kira-kira macam ni bunyinya;
AWAS !>
ANDA SEDANG DI PERHATI
DENDA SEHINGGA RM.5000.00 ' ATAU
KOMPAUN SEHINGGA RM.100.00
LAPORAN BOLEH DI BUAT MELALUI TALIAN 089-701660
ATAU HADIR SENDIRI DI KAUNTER BIRO ADUAN AWAM MPT
DENGAN MENCATATKAN JENIS SAMPAH DIBUANG, TARIKH/MASA/ NOMBOR KENDERAAN.
SAYA ANTI KUTU SAMPAH.

Papan amaran berkembar yang menjulang tinggi ini ternyata tidak berbaloi dengan kos pembuatanya, kerana apa yang ada di bawah papan amaran ini adalah sebaliknya' sampah sarap yang bertebaran di mana-mana' lihatlah sampah-sampah ini.

Walaupun papan amaran ini boleh berteriak dengan keras diseluruh bandar, "jangan buang sampah di situ" tetap juga orang buang sampah' kerana sikap tidak mengendahkan papan-papan amaran adalah punca gejala pembuangan sampah yang tidak teratur serta mencemarkan pemandangan, kecuaian gejala pembuangan sampah yang tidak teratur juga merupakan kecuaian orang yang tidak pandai menjaga kebersihan menjadi kebiasaan mereka menyebabkan sampah sarap tidak dibuang di tempat yang sepatutnya.

Walaupun kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit demi untuk menjaga persekitaran kita' sebagai pengguna seharusnya menfaatkan tempat-tempat pembuangan sampah, di samping bersyukur kepada kemudahan-kemudahan yang telah diberikan kepada kita, jadi tidak ada alasan mengapa harus buang sampah sesuka hati.

Kes stesen bas awam tawau ini, yang dipenuhi dengan sampah walaupun disini jugalah berdiri megah dua papan tanda amaran berkembar Majlis Perbandaran Tawau, kerana kurangnya kesedaran orang ramai saling mengingatkan kempen 'ANTI KUTU SAMPAH." Ataukah mereka tidak melihat Tong-Tong Sampah ???
Penumpang bas dari luar bandar yang berada dalam bas akan membuang plastik minuman dan lain keluar tanpa takut kompaun' mungkinkah mereka banyak duit ?... Disinilah peranan semua pihak' "agar menanamkan sikap ambil peduli kepada persekitaran' dari peniaga/peruncit ,penjaja/penjual minuman/air merah,putih hinga air biru' wajib memberi amaran kepada pembeli mereka, kerana kebanyakan sampah yang bersepah adalah plastik minuman berkenaan, pemandu bas mengingatkan penumpang2 bas, dan penguatkuasa yang sentiasa memantau tempat-tempat yang menjadi tumpuan kutu sampah. .

Justeru itu, agensi-agensi berkaitan di Tawau ini disaran agar lebih tegas, cepat dan berpandangan jauh dalam mengatasi masalah sampah, di samping orang ramai juga perlu bekerjasama menggunakan tempat-tempat pembuangan sampah yang telah disediakan.
Dengan adanya tindakan bersepadu dari semua pihak sudah pasti Tawau akan dihadiahkan dengan jaminan udara serta persekitaran yang bersih lagi sihat.

" seseorang yang aku tanya 'dari mana sampah ni' jenis sampah plastik air kelapa dan penyedutnya' orang tu jawab' dari atas bas...kemudian aku suruh dia baca amaran "DENGAN MENCATATKAN JENIS SAMPAH DIBUANG, TARIKH/MASA/ NOMBOR KENDERAAN.
tapi aku tidak pasti siapa yang akan dikompaun' penumpang atau pembandu bas !

SAYA ANTI KUTU SAMPAH.

Komentar

  1. byk laek yg kpala batu nieh...

    BalasHapus
  2. cuba letak papan tanda, Bukan Rakyat Negara Ini Kalau Mengotorkan Malaysia...pasti ramai befikir

    BalasHapus

Posting Komentar

Berkomentarlah dengan sopan jangan sampai terjerat dengan undang-undang UUITE

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

Sejarah Negeri Wuna

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA