BERPSIKOLOGI

Translate this page >

Bila seseorang berbicara, yang diminta bukan simpati atau jawaban tapi cukuplah sekadar sedikit masa yang diperuntukkan untuk mendengar.

Apa itu fobia? Fobia adalah ketakutan yang tak rasional, yang tidak waras dan persisten terhadap sesuatu benda atau situasi yang memaksa seseorang itu mengelakkan diri dari apa yang ditakutinya.
Fobia boleh menyerang sesiapa sahaja' dan tanda-tanda fobia boleh dikesan dari cara berucap, berbuat atau ekspresi wajah," fenomena psikologi boleh dianalisis daripada pelbagai perspektif. Setiap cabang memberi penerangan yang berbeza mengenai kelakuan manusia, Dan setiap cabang pula saling bergantung di antara satu sama lain untuk menerangkan perlakuan seseorang itu.

Lebih daripada 10 bilion sel saraf yang mempunyai kaitan di antara satu sama lain terkandung dalam otak manusia. Secara prinsipnya, kesemua fenomena psikologi berkaitan dengan aktiviti otak dan sistem saraf. Pendekatan biologi mengaitkan tingkah laku seseorang (overt behavior) dengan proses kimia dan elektrik yang berlaku di dalam tubuh badan manusia.
Kajian daripada perspektif biologikal cuba mengenal pasti proses neurobiologikal, di sebalik sesuatu tingkahlaku dan proses mental .Contohnya, pendekatan biologi ke atas depresi cuba memahami depresi( apabila penghasilan atau perniagaan, dsb berada di paras kegiatan yg rendah ), dari sudut perubahan luar biasa dalam paras ‘neurotransmiter ( Endorphin )

PENDEKATAN TINGKAHLAKU
Fokus utama pendekatan tingkahlaku ialah ke atas pemerhatian. Oleh itu, ia hanya melihat kepada yang boleh diperhati dan reaksinya stimuli & response ) dan tidak membuat andaian ke atas proses mental seperti berfikir.
Ia juga memberi penekanan ke atas mempelajari kenapa tingkahlaku terjadi. Contohnya, seseorang yang gemuk mungkin kuat makan ( reaksi spesifik ) terutama apabila dihidangkan dengan makanan kegemarannya ( rangsangan atau stimuli spesifik ). Oleh itu, belajar untuk mengelakkan diri daripada rangsangan ini sering digunakan dalam program menguruskan badan.

Awal tahun 1900, ahli psikologi Rusia, Ivan Pavlov (1849-1936) membuat kajian mengenai proses “Pencernaan Anjing”.Apabila anjing itu hendak diberi makan, ia akan mengeluarkan saliva . Apabila Mendengar bunyi kunci bilik di mana ia dikurung, atau apabila melihat makanan. Dapatan penyelidikan beliau ialah anjing tersebut telah membuat “perkaitan” di antara sesuatu bunyi, atau, dengan perbuatan “diberi makan”.John B Watson (1878-1958) dan B.F. Skinner adalah antara tokoh terkenal yang menggunakan pendekatan tingkah laku

Bahagia dan gembira dua perkara yang indah namun orang yang gembira tanpa bahagia tidak pernah kan tahu nikmat hidup sebenarnya.

FIRMAN ALLAH
2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur[1535] yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
3. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.
9. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.
Surah al insan ayat 2, 3 dan 9.



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

Sejarah Negeri Wuna

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA