Sahabat Impian
puadede.com Apabila melihat posting bertajuk “Tolong Kami Bantu Kami” aku tiba-tiba terkenang dengan nasib yang sama semasa aku bersekolah di Sekolah Menengah Abaka, Table, Tawau, tahun 1988-1990. Keadaannya tidak jauh bezanya, cuma kami akan berjemaah Zohor dan Asar di gelanggang bola keranjang dalam keadaan panas terik, tiada pohon rendang untuk berteduh melainkan mengarah ke kiblat. Kami bukannya solat praktikal, tetapi solat harian yang perlu ditunaikan sebelum sesi pembelajaran bermula dan pada waktu rehat. Alhamdulillah, berkat derma pelbagai pihak, akhirnya surau sekolah didirikan, dan ianya semacam satu penghijrahan dan kemenangan buat kami sebagai pelajar Muslim.
angrianiworld.com Aku terpanggil untuk mengepos n3 ini setelah membaca n3 yang sama di blog Alwis…bila tengok gmbar ni, teringat time aku bersekolah rendah dalam tahun awal 90an. Mungkin tidaklah sebegini rupa…tapi lebih kurang… Namun begitu, tiada sorang pun guru atau pelajar yang mengeluh dengan keadaan ini. Dengan surau yang uzur dan sempit, aku dan kawan² masih boleh menunaikan sembahyang Zohor & Asar secara berjemaah…
likearose.budihermawan.com gambar di atas ni aku ambik dr blog Mr Alwis & rasa sedih juga la kerana masih ada lagi adik-adik kita di Sek.Keb Bukit Selarong 09400 Padang Serai kedah yang terpaksa berpanas d bawah matahari kerana membuat praktikal solat di padang kerana ketiadaan surau. Surau lama hanya dapat memuatkan seramai 10 orang sahaja.
cintagila.blogspot Walaupun pembinaan Surau bukanlah di tawau tetapi sebagai umat islam masalah ini adalah masalah bersama apatah lagi ia melibatkan rumah ibadat. Kepada sesiapa yang bermurah hati boleh menghubungi atau datang sendiri ketempat yang berkenaan dibawah ini;- Tempat:Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong, Kedah D.A Sumbangan Dana Boleh Disalurkan Melalui:BENDAHARI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SK BUKIT SELARONG No akaun: 02030002120-71-9 Sumbangan tuan/puan adalah amat diharapkan untuk meningkatkan lagi syiar islam, terutamanya kepada murid-murid sekolah berkenaan.
Siapa kita tanpa mereka..dan tanpa kita tidak ada mereka untuk berbagi kisah
serupa.....
Ya Allah Ya Rabbi...
BalasHapusaku bersyukur padaMu ya Alah kerana idea dan ilhamku hendak masukkan hal dana pembinaan surau telah hampir menjadi kenyataan bila kau temukan aku dengan Saudara Alwis yang budiman!Idea dari Alwis terus kepada bloggers Tawau yang berhati mulia sepakat meletakkan hal surau kami warga SKBS!
'HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS BUDI KALIAN'
TERIMA KASIH SAYANG ATAS KEPERIHATINAN KALIAN!
CIKGU AZIZAH HASHIM
SK BUKIT SELARONG,
09400 PADANG SERAI KEDAH DARULAMAN.
Tel: 0194760501
Sebarang pertayaan buat masa ini sila hubungi saya di nombor yg tertera.Insyaallah akan saya jelaskan dan jika perlu saya akan letak no telefon lain utk pertanyaan selanjutnya.