LEDAKAN BLOG: Di Manakah Remaja? -Part2
Tentu ada antara kita yang pernah terbaca blog yang dihasilkan oleh seorang gadis, Anya Peters, dalam http://wonderingscribe.blogspot.com. Kini, gadis yang satu ketika pernah hidup merempat, berubah nasibnya hanya kerana catatan peribadi berdasarkan pengalamannya dimuatkan ke dalam laman blognya. Peters kini bukan sahaja dapat berbangga kerana catatan diari dalam blognya dibukukan, malah buku Abandon: The True Story of a Little Girl Who Didn't Belong kini menjadi buku terlaris jualannya di United Kingdom.
Peters hanya mula menulis blog dengan mencatatkan pengalamannya sebagai gadis tidak berumah pada Februari 2006. Seperti yang dinyatakan dalam pengenalan blognya, dia hidup berseorangan dalam sebuah kereta tanpa pekerjaan dan rumah. Dia banyak menghabiskan masa dalam kereta miliknya. Dia hampir berputus asa setelah gagal menemui jalan keluar untuk menyelesaikan masalah kehdupannya. satu-satunya cara untuk mengubat rasa kecewanya adalah dengan menulis dan terus menulis.
Blog miliknya ditemui oleh sebuah syarikat penerbitan yang berminat untuk menerbitkan pengalaman yang dilaluinya. Kini daripada remaja yang tidak mempunyai pekerjaan, tidak berumah, dia bukan sahaja muncul bersama buku menceritakan pengalamannya, tetapi juga melalui blog, dia mengasah minat sehingga menjadi penulis terkenal yang telah mengubah hidupnya.
Agak menyedihkan apabila blog disalahgunakan sedangkan dunia blog itu sendiri banyak manfaatnya jika digunakan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana dunia blog tidak lagi dianggap sebagai aktiviti elit penulis. Sesiapa sahaja mampu menulis blog asalkan ada keinginan dan minat. Laman blog juga lebih mudah untuk dikelolakan berbanding dengan laman web yang remeh. Pembukaan laman blog dan penulisan laman web juga tidak memerlukan kepakaran dalam teknologi maklumat. Cuma yang diperlukan ialah minat.
Persekitaran masyarakat yang semakin maju, kompleks dan wujudnya banyak isu serta masalah menjadikan aktiviti memblog berkembang. Golongan remaja yang masih dalam proses menuju kematangan wajar menggunakan kebaikan blog ini dan meneruskan apa-apa yang dilakukan oleh para pemblog senior untuk menjadi orang dewasa yang matang dan terbuka.
Blog dan memblog adalah fenomena baharu dan menarik. Kita bebas menyuarakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu asalkan tidak menyalahi undang-undang, seperti hal yang berunsur fitnah dan hasutan. Blog menjadi ruang untuk berkongsi pandangan dan berdebat secara terbuka dalam sesuatu isu yang kita utarakan. Melalui komen yang diberikan oleh pengunjung, laman blog menjadi medium paling berkesan untuk berkongsi apa-apa juga pendapat dan pandangan, sekali gus menjadikan seseorang pengendali laman blog lebih peka dan terbuka baik dari segi pemikiran mahupun pandangannya. Sekian laporan saya Friendly81 a.k.a Agus "sebarang ledakan dia bertanggungjawab ! kah..kah kah! aku selamat
Dengan mengambil contoh Peters, remaja hari ini sebenarnya memiliki kesempatan yang cukup luas dan terbuka selari dengan perkembangan teknologi meklumat. Mereka perlu memanfaatkannya sebaik mungkin dan megelakkan diri daripada menyalahgunakan perkembangan teknologi ke arah yang tidak baik. Belakangan ini, remaja dilihat lebih terarah dan berminat mengendalikan laman blog lucah, memaparkan salah laku moral remaja.
Hal inilah yang berlaku di negara Barat, yang remajanya banyak melakukan aktiviti memblog. Blog menjadi saluran alternatif paling berkesan bukan sahaja untuk menyuarakan pandangan terhadap sesuatu isu daripada perspektif remaja, tetapi juga menjadi saluran untuk berdebat dan menyuarakan pandangan secara matang.
kah kah kah.... siap pasang bom ko yer....
BalasHapusapasal nie penggawa???
BalasHapusbertukar jak blog mu ni setiap ari...bole kepeningan aku ni
:))
ikut komentar ah...
BalasHapusaNgRiAni kata...
BalasHapusapasal nie penggawa???
bertukar jak blog mu ni setiap ari...bole kepeningan aku ni
HAHAHAH....jadi blog bahan uji kaji bah ni,,hahaha tiap hari opret !