Postingan

Menampilkan postingan dari Januari 27, 2008

Sukan serumpun

Pro&Kontra: Sukan serumpun mampu erat hubungan Malaysia, Indonesia Bersama Raja Ahmad Zainuddin SAYA agak terkejut kerana ada juga rakyat di Indonesia yang tidak mengetahui atlit angkat berat negara, Mohamad Hidayat Hamidon adalah berasal dari Sumatera. Perkara ini timbul ketika saya cuba meyakinkan rakan-rakan di negara jiran itu betapa kukuhnya kita sebagai dua negara serumpun dan sukan tidak ketinggalan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan. Hidayat adalah pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, yang juga pemegang rekod kebangsaan bagi kategori 69 kilogram (kg) dan mewakili negara pada Sukan Asia Doha tahun lalu. Sumbangan dan kesediaannya mewakili negara juga sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng kerana ia turut menggambarkan bagaimana hubungan rakyat kedua-dua negara tetap padu. Banyak sebenarnya yang dilakukan oleh Malaysia dalam mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin bersama jiran tetangga itu termasuk dalam aktiviti sukan