Kaya Link

Translate this page >

Bulan lepas kami menghantar baju rasmi Tawau Bloggers Unity untuk ahli di Kedah " Tiraihidup.co.cc"

Macam selalu, kalo urusan-urusan TAWAUBLOGGERS.COM mesti melibatkan beberapa krewnya, jadi penghantaran barang tu diuruskan oleh Pegawai PRO TBU" Puadede.com' packing dan penghantaran dah dibuat oleh beliau dengan baik' entah mengapa ! "mungkin dah rezeki ahli TBU di KL tu ,sekali hantar banyak yang menambah isi dalam kotak kami' dengan kata lain, kotak yang berisi baju Rasmi tu juga di iringi dengan Cheque ribuan ringgit, surat-surat penting dan juga surat kenaikan gaji guru. hahaha'

Bagi aku, kesilapan beginilah yang seharusnya tidak berlaku kepada sebuah syarikat Secure Express. Orang menggunakan perkhidmatan Secure Express kerana keselamatan dan ketepatan masa. Kalau barang yang di hantar tu masuk dalam barang orang lain' itu bukan secure express lagi kan' tapi share express

Aku tidak laa mau tahu hal-hal macam gini' pun barang yang aku hantar sampai, cuma yang tidak best' bila ditanya sebab musabab kenapa barang tu masuk dalam kotak kami' "selamba mereka kata' aku yang pack itu surat-surat sekali dalam kotak' bila masa pula aku kerja di sana!?,

Aku fikir mereka akan ambil tindakan dengan mengambil barang-barang yang salah hantar tersebut dengan segera, tidak berlengah-lengah, dan juga tidak dengar aduan sambil lewa jika ada orang buat aduan terima barang yang tidak sepatutnya. Nama juga "tolong menolong.

Petang tadi syarikat Secure dari KL, hubungi handphone aku bertanya tentang surat dan dokumen tersebut' dah lewat kan' dua hari " tapi mereka buat begitu bukan kerana aduan atau aku yang suruh cari barang kiriman yang sesat tu.

Mereka mula mencari barang berkenaan selepas aku menghubungi pengirim barang-barang tersebut' sebab barang dan dokumen yang mereka hantar berada di tangan orang lain. Sekaligus menafikan bahwa barang-barang tersebut bukan kami yang packing dalam kotak tersebut, cuba bayangakan kalau yang terikut dalam kotak tersebut adalah barang larangan !" siapa yang mahu bertanggung jawab?..naya kalau Kaya Link...
Tapi kalau link blog aku kaya tidak jadi hal' aku redha aja.

Apapun aku tidak menyalahkan syarikat berkenaan, tetapi pekerja yang melakukan kerja-kerja tersebut belum menjalani latihan "Secure" yang betul sehingga mengabaikan keselamatan pelanggan syarikat mereka.



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA

Sejarah Negeri Wuna