Tuah Menjadi Bloggers Tawau

Hari ini aku baru sempat lagi keluar daripada sarang setelah hampir seminggu bertakung dihadapan PC.Tujuan aku tak lain adalah ke BSN semata-mata mahu menerima gaji rutin aku untuk bulan Jun,sempat kecoh di WangCyber pesal lambatnya proses pembayaran untuk bulan jun, sejak menggunakan perkhidmatan western union selama 6 bulan terakhir,inilah pembayaran yang TERPALING LEWAT dari GA.

Rakan-rakan pun cuak-cuak dah,at least c,kallam bagi aku reply bahawa MTCN dah keluar....nahh..semangat lagi aku. End story' macam biasalah..awek pegawai BSN tu dah kenal aku,soalan lazim dia...banyak kah bulan nie? "aku cakap..cukup-cukuplah !hehehe, lepas isi borang kuning western union dan bagi dengan dia, tapi dia suruh aku pegi kaunter 3, "ehhmm
Saya banyak kerja ni,urusan hari ni tukar dengan kaunter sebelah...Melurulah aku di sebelah, dan disambut dengan senyum seorang pegawai lelaki...macam first dulu aku terima gaji,soalan tu berkisar,dari mana $$$$$$, siapa hantar. disana ada keluarga ke?
Aku cuma jawab "gaji aku kerja dengan syarikat antara bangsa GA dan..."bla..bla...gitulah seterusnya.Hingga proses perpindahan US$ ke RM dan dari kaunter BSN ke tangan aku...dalam 15 minit semua clear...dari tangan aku langsung masuk dalam akaun personal aku di BSN..selamatlah...aku menuju tempat Romzi...kesian dia" sepi ,dan kesunyian tiada penglipur lara :D line streamyx mereka down sejak beberapa hari ini.Kesian betul dia...tercungap tanpa internet :D.

Hampir sejam kami borak dan aku belanjalah mana-mana yang aku suka disana'biasalah...romzi kan banyak barangan komputer jual,walaupun dia tak bagi aku less! tapi cukup murah harga-harga disana.

Lama punya duduk menunggu time lapar, datang Big Boss mereka dari belakang...lepas tu tunjuk-tunjuk aku, "kawan ya Tawau Bloggers, sebab aku memang pakai baju Tawau Bloggers !Big Boss mereka selalu nampak Romzi pakai baju Kebanggaan tu" aku cakap .yes boss,kami satu group blogging...

Big Boss dia tanya, kerja mana ! aku kata di rumah saja , tidak ada kerja luar...Bigg Boss romzi langsung offer aku "mau kerja sama saya ! saya mau ambil pekerja dari TAWAU BLOGGERS kalau mau....Tapi aku kata"nanti boss aku fikirkan,tapi saya akan tolong tanya member Tawau Bloggers lain yang mahu. (Bukan aku tolak kerja,cuma buat masa ini mahu dirumah saja dulu=rehatlah") Bertuahnya jadi Tawau Bloggers.....sisi positif dan sudut peluang dalam Tawau Bloggers...syabas buat semua rakan-rakan Tawau Bloggers.

KEMUNGKINAN - KEMUNGKINAN DI PENGHUJUNG BULAN INI
1. "70 hingga 80% tidak menghadiri Gathering Sabahan Bloggers
2. "Berada di Sempurna bersama Bos cintagila untuk satu urusan bisnes
3. "Akan memandu Knight Rider dalam minggu ini (jika tidak salah BERMIMPI)

SEBARANG KEMUNGKINAN ADALAH "MUNGKIN.....
oleh yang demikian "dilarang protes... Kerana ini ! masih tahap kemungkinan
"ya mungkin sahaja................

Komentar

  1. wah bos, dah dapat gaji yer dari GA yer... bila nak blanja nih... hehe....

    BalasHapus
  2. cehh...mentang2 sudah kaya.....

    BalasHapus
  3. kuang...kuang..kuangg....aku sudah jangkakan" mereka berdua ni mesti menyakat duluan..hahhaha

    BalasHapus
  4. hi..salam ziarah

    BalasHapus

Posting Komentar

Berkomentarlah dengan sopan jangan sampai terjerat dengan undang-undang UUITE

Postingan populer dari blog ini

Cara Hack Chip Poker Terbaru

RUMAH BUDAYA SULAWESI TENGGARA

Sejarah Negeri Wuna